KUPANG - INDONESIA. Pihak berkuasa di Timor Tengah Selatan (TTS), Nusa Tenggara Timur memberkas dua lelaki yang didakwa melakukan kekejaman dan memperkosa seorang remaja berusia 13 tahun hingga mangsa lumpuh.
Jurucakapnya, Iptu Jamari berkata, kedua-dua suspek dikenali Yohanes Bana dan Yeskiel Tafuli itu ditahan di dua lokasi berasingan di Desan Nelapetu, Kecamatan Noebana dan di Desa Toi, Kecamatan Amanatun Selatan.
Ketika kejadian pada 7 Julai lalu, mangsa, AB sedang mencuci pakaian berseorangan di tepi sungai berhampiran rumahnya.
Yohanes datang dari arah belakang mangsa dan melibas parang sebanyak tujuh kali di bahagian leher dan bahunya.
Dia kemudiannya tersungkur dalam keadaan berlumuran darah di tepi sungai itu.
Tidak lama selepas itu, Yeskiel muncul di lokasi kejadian dan memperkosa mangsa dan selepas melampiaskan nafsunya, dia melemparkan tubuh AB ke dalam sungai sebelum melarikan diri.
AB bernasib baik kerana ada penduduk yang melalui sungai itu dan menyelamatkannya.
Mangsa dirawat di sebuah hospital di Kota Kupang.
"Selepas dirawat selama tiga bulan, keadaannya semakin pulih, namun kerana ada urat yang terputus akibat libasan parang telah menyebabkannya lumpuh kedua-dua kaki," jelas Iptu lagi.
Jelasnya, doktor di Kupang menyarankan agar mangsa mendapatkan rawatan susulan di Surabaya.
Tetapi, atas faktor kewangan, dia memilih untuk berubat kampung.
"Pelaku telah ditangkap dan kami masih menyiasat motif mereka," katanya lagi.

0 Comments