7 artis dikaitkan dengan unsur mistik kukuhkan dakwaan pentas ‘Gegar Vaganza’ berpuaka .Pengalaman Mereka Menyeramkan

7 artis dikaitkan dengan unsur mistik kukuhkan dakwaan pentas ‘Gegar Vaganza’ berpuaka .Pengalaman Mereka Menyeramkan

7 artis dikaitkan dengan unsur mistik kukuhkan dakwaan pentas ‘Gegar Vaganza’ berpuaka.Pengalaman Mereka Menyeramkan

BERITA mengenai peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani yang gagal membuat persembahan kerana masalah suara semasa konsert minggu kelima Ahad lalu terus menguatkan lagi dakwaan sememangnya pentas GV mempunyai unsur mistik.

Ini kerana bukan sahaja Zamani malah beberapa artis lain yang menyertai pertandingan itu juga turut berhadapan dengan pelbagai peristiwa pelik.

Ia termasuklah dakwaan artis yang berasa pening dan seperti nak pitam malah ada juga mengatakan pernah terhidu bau busuk bagaikan asap kemenyan setiap kali pertandingan bermula.

Ada juga dalam kalangan pengamal media yang membuat liputan berasakan hal yang sama.

Selain Zamani, mStar Online menyenaraikan artis lain yang pernah dikaitkan dengan unsur-unsur mistik dalam Gegar Vaganza iaitu antara bekas peserta tersebut ialah Syura (GV4), Elly Mazlein (GV3), Liza Hanim (GV4), Zur Eda (GV3), Siti Sarah (GV3) dan Amelina (GV5).

1. Zamani (GV5) hilang suara




Zamani gagal membuat persembahan pada minggu kelima GV5.

Menurut kenyataan pengurusnya iaitu Aalan Ahmad, Zamani menyedari suaranya mula hilang pada petang sebelum konsert namun dia tampil juga membuat persembahan kerana tidak mahu menimbulkan salah faham.

Bagaimanapun, semasa malam saingan, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini hanya 'membisu' ketika persembahan dan menyebabkan dia hampir tersingkir daripada pertandingan tersebut.

2. Amelina (GV5) anggap tekanan perasaan




Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin, 44, panik dan musykil apabila tiba-tiba dia kehilangan suara sedangkan dia tidak mengalami masalah kesihatan seperti demam ataupun sakit tekak.

Gangguan kesihatan yang datang dengan tiba-tiba ketika konsert minggu keempat itu menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga ada mengaitkan ia dengan hal mistik.

Amelina bagaimanapun berasakan sakit itu berkemungkinan kerana tekanan dan perasaan gementar untuk beraksi di pentas nyanyian tersebut.

"Demam tiada sakit tekak pun tiada.. Mungkin kerana stres kot sampai suara hilang. Kaklong (Amelina) ni memang manja sikit, ada je sakit nak datang dalam waktu macam ni. Nasib baik manager ada terus bawa ke klinik walaupun semua dah panik," tulisnya di Instagram.

3. Berat badan Syura susut selepas sertai GV4




Bekas peserta GV4, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 32, memberitahu berat badannya turun sebanyak 12 kilogram tanpa sebab selepas memasuki program nyanyian tersebut tahun lalu.

Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkata, dia mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia semasa rakaman lagu terbaru beberapa bulan sebelum GV4 membuka tirai.
"Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun.

Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa.

Terkini, Syura memaklumkan dia sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialami itu selepas penyanyi Bob Yusof membawanya menjalani rawatan tradisonal.
"Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku. Saya pun tak alami benda ganjil atau mimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini," katanya.

4. Elly Mazlein (GV3) terima gangguan aneh




Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan bahawa dia menerima gangguan aneh sehingga menjejaskan kesihatan dan fokusnya sepanjang menyertai GV3.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, perkara itu membuatkan kesihatannnya sukar pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan rawatan perubatan selepas mengalami gangguan penyakit tersebut.

"Tiga minggu sakit tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Semasa konsert ada doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik," ceritanya yang enggan mengulas lanjut bentuk gangguan yang diterima.

5. Liza Hanim (GV4) hilang fokus



Bekas peserta GV4 iaitu Liza Hanim turut didakwa mengalami gangguan misteri sehingga menganggu fokusnya ketika membuat persembahan, namun penyanyi berusia 38 tahun ini menafikan ia disebabkan hal mistik.

Liza berkata, dia hilang fokus di atas pentas bukanlah disebabkan gangguan misteri sebaliknya kerana gementar dan berpunca daripada kesilapan diri.

"Saya sendiri yang serabut barangkali dan saya terima kesilapan diri sendiri, dalam pertandingan ada masanya emosi dan perasaan gementar itu boleh mempengaruhi semua perkara termasuk persembahan.

"Memang benar ada sedikit gangguan dalam minggu tersebut tapi Alhamdulillah, pada konsert minggu seterusnya saya berjaya mendapatkan diri saya semula.

"Bagi saya tidak ada gangguan daripada segi mistik atau seumpamanya pun. Kalau terlalu memikirkan perkara itu nanti datang stres lain pula," katanya.

6. Siti Sarah (GV3) pengsan selepas persembahan




Penyanyi Siti Sarah pula menafikan dia terkena sihir seperti didakwa segelintir pihak apabila pengsan sejurus selepas membuat persembahan pada minggu keempat GV3.
Sebaliknya, Sarah, 33, mengakui keadaan badannya yang lemah dan kekurangan tenaga menjadi punca dia rebah.

"Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia sebab saya lalai dan terlalu sibuk sampai terlupa nak makan.

"Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Disebabkan mencuba sehabis baik menyebabkan saya pengsan," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Kesetiaan ini berkata dia tidak mahu ambil pusing mengenai perkara mistik yang diperkatakan.

7. Zur Eda (GV3) dituduh guna bomoh



Berbeza pula dengan bekas peserta GV3 ini, dia bukan mengalami gangguan misteri, sebaliknya dituduh menggunakan khidmat bomoh untuk kekal dalam rancangan tersebut.
Zur Eda Mokhtar, 51, berkata, tuduhan itu antara fitnah terburuk pernah diterimanya selama lebih tiga dekad bergelar anak seni.

"Hanya kerana imej dan pernah tampil dengan gaya rambut serabai ala-ala 'mak lampir', ada pihak telah melemparkan fitnah kononnya saya terlibat dalam perkara tahyul selain turut membomoh peserta lain dalam GV3.
"Tuduhan sebegitu agak keterlaluan yang boleh saya katakan antara fitnah terburuk pernah saya terima sekali gus mencalarkan reputasi saya sebagai anak seni," katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/30/gv-mistik/#lTYHiHmqLB0dQbSm.99

Post a Comment

0 Comments