KOLHAPUR - INDIA. Gara- gara bergurau, seorang pekerja kilang di India maut akibat kecederaan parah pada usus selepas duburnya dicucuk dengan pam angin tekanan tinggi oleh penyelianya.
Dalam kejadian di sebuah kilang besi di daerah Kolhapur, Maharashtra, pada 3 September lalu, rakaman kamera keselamatan menunjukkan, penyelia bernama Rakesh Wagmore, bergurau sambil memegang hos pam angin dan menembak angin pada kepala dan belakang mangsa bernama Aditya Jadhav.
Jadhav mengerang kesakitan sebelum jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri, dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan namun dilaporkan meninggal dunia Selasa lalu selepas kira-kira 15 hari dirawat.
Menurut doktor, Jadhav meninggal dunia akibat kecederaan parah pada ususnya yang pecah akibat ditembak dengan angin tekanan tinggi.
Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa menyiasat kejadian itu sebagai kes bunuh dan sedang memburu penyelia berkenaan yang melarikan diri. - metro.co.uk
0 Comments