Tsunami : Gadis Bernama Nurul, 2 Hari Terperangkap Dalam Air Ditemani Jasad Ibunya Yang Telah Meninggal Dunia:
Tetap bertahan untuk hidup. Begitulah seorang gadis bernama Nurul yang ditemui masih bernyawa setelah terperangkap selama 2 hari di dalam air yang menenggelamkan setengah badannya selepas kejadian gempa bumi jumaat lalu.
Gambar : Rifki/AP/Thr Courier
Gambar : AP/nbcnews
Gadis itu yang masih bersekolah menengah, berjaya diselamatkan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) di Kompleks Perumnas Bala Roa, Kota Palu, Sulawei Tengah pada hari ini dalam keadaan yang sangat lemah.
Malah, apa yang lebih menyedihkan mangsa dilihat berada bersama ibunya, Risni, yang telah meninggal dunia lebih awal setelah mereka terperangkap di situ.
“Anakku sempat minta tolong. Waktu kejadian saya berada di tepi rumah. Saat gempa saya lari keluar dan tidak boleh lagi menyelamatkan isteri dan dua anakku,” kata Yusuf, suami Risni.
Difahamkan, ratusan rumah di penempatan tersebut roboh dan rosak setelah gempa bumi berlaku. Lopak air tersebut terbentuk dari sebuah lurah akibat tanah runtuh dan pam air yang bocor sehingga memerangkap mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.
Gambar : Rifki/AP/NPC
Menurut penduduk setempat, bau bangkai mula menyengat di kawasan itu kerana masih ramai lagi mangsa yang tidak dikeluarkan berada di dalam rumah.
Sumber : Kompas.com

0 Comments