'Crush' Putera William didedah satu-satunya wanita buat Kate Middleton cemburu
PUTERA William dilaporkan pernah terpikat dengan Isabella Calthorpe dan Kate Middleton cemburu mengenainya.
Putera William dan Calthorpe dikatakan pernah berhubung beberapa tahun lalu.
Sosialis itu yang kini telah berkahwin dengan pewaris Virgin Island, Sam Branson, 33, dikatakan menjadi satu-satunya wanita yang membuatkan Middleton cemburu.
The Duke of Cambridge dan Calthorpe dikatakan menjalinkan hubungan pada tahun 2004 selepas putera William dan Middleton berpisah seketika.
Calthorpe dan Branson. -foto Getty
Setahun kemudian pada Oktober 2005, mereka dirakamkan bersama di satu majlis formal.
Pada 2007, Katie Nicholl, seorang pakar diraja, memberitahu Daily Mail bahawa kehadiran Calthorpe, yang juga model dan aktres telah menimbulkan ketegangan berterusan terhadap hubungan Putera William dan Middleton.
Dia mendakwa sumber yang dekat dengan Kate mendedahkan bahawa Calthorpe adalah 'seorang wanita yang membuatkannya begitu iri hati dan menimbulkan gelombang panik'.
"William berkata dia memerlukan rehat dan pada musim panas itu dia pergi bercuti hanya dengan rakan lelakinya ke pulau-pulau Greek.
"Isabella berkemungkinan besar berada di situ pada musim panas itu. Saya akan katakan bahawa William mengabaikan Kate kerana dia fikir dia mempunyai peluang dengan Isabella dan Kate tahu tentangnya," katanya.
Putera William dilaporkan serius untuk mendapatkan Calthorpe, tetapi dia ditolak kerana wanita itu mahu memberi tumpuan lebih kepada kerjaya. Selepas mereka tidak lagi bersama, Putera William dan Middleton kembali menjalin hubungan cinta.
Beberapa tahun kemudian, Putera William dan Middleton bertunang.
Semasa wawancara mereka yang pertama, Duchess of Cambridge berkata perpisahan lalu telah membantu memperbaiki hubungan mereka.
"Saya fikir pada masa itu saya tak gembira mengenainya, tetapi sebenarnya ia menjadikan saya orang yang lebih kuat.
"Anda dapat tahu beberapa perkara tentang diri anda yang mungkin anda tidak sedar. Atau saya fikir hubungan boleh memakan diri ketika anda masih muda.
"Saya benar-benar menghargai masa untuk diri saya juga walaupun saya tidak memikirkannya pada masa itu," katanya memetik Express.
Putera William juga membincangkan mengenai perpisahan mereka dalam wawancara yang sama.
"Saya tak akan percaya semua yang anda baca dalam akhbar tetapi dalam contoh tertentu, kami berpisah sekejap," katanya.
Berkahwin pada 2011 mereka kini mempunyai tiga anak Putera George, 5, Puteri Charlotte, 3, dan Putera Louis, empat bulan.
Calthorpe hadir majlis perkahwinan William dan Kate.
Calthorpe sebenarnya dijemput untuk perkahwinan William dan Kate pada 2011, tetapi teman lelakinya Branson tidak hadir.
Bagaimanapun, sama ada Kate suka atau tidak, Calthorpe dan William berada dalam kalangan kelompok sama dengan kakak ipar wanita itu, Holly Branson, menjadi kawan rapat sepupu William, Puteri Eugenie.
Adik tiri Calthorpe, Cressida Bonas adalah pelakon yang pernah menjalinkan hubungan serius dengan Putera Harry selama dua tahun.
Cressida juga berkawan rapat dengan Eugenie. -MSN
0 Comments