Pulau mistik Atlantis didakwa ditemui di Gurun Sahara .Ini Penjelasannya

Pulau mistik Atlantis didakwa ditemui di Gurun Sahara .Ini Penjelasannya

Pulau mistik Atlantis didakwa ditemui di Gurun Sahara .Ini Penjelasannya

KOTA Atlantis yang hilang sudah menjadi misteri lama, namun kini perungkai teori konspirasi mendakwa mereka telah menemui pulau mistik itu.

Ia dikatakan berada di depan mata kita semua selama ini.

Kisah tentang Atlantis diceritakan oleh ahli falsafah Yunani, Plato sekitar lebih 2,300 lampau.

Menurut kisah tersebut, pulau Atlantis tenggelam ke dalam laut dalam masa sehari sahaja dan hilang buat selama-lamanya selepas masyarakat pada zaman itu ingkar kepada perintah Tuhan.

Perungkai teori konspirasi sudah lama mencari kota mistik tersebut dan mereka menebak ia mungkin berada di Santorini, Sicily, Malta, Crete atau Cyprus.




Imej satelit Struktur Richat yang terletak di Gurun Sahara.

Namun kini, saluran YouTube Bright Insight mendakwa mereka menemukan lokasi kota itu di Gurun Sahara, Afrika kerana memiliki persamaan dengan ciri-ciri Atlantis yang ditulis oleh Plato.

Struktur Richat yang juga dikenali sebagai Mata Sahara terletak di Ouadane iaitu barat-tengah Mauritania didakwa adalah Kota Atlantis yang hilang itu.

Anehnya, pembentukan bulatan itu dikatakan disebabkan oleh asteroid, tetapi tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan ia adalah benar.

Para saintis telah menyimpulkan bahawa struktur itu adalah fenomena semula jadi.
Plato menyatakan dalam teksnya bahawa Atlantis telah dibinasakan sekitar 13,600 tahun lampau dan ia sepadan dengan tempoh teori The Younger Dryas yang mencadangkan bahawa sebuah komet menghentam bumi dan menyebabkan Zaman Ais berlaku.

Bolehkan ia menjadi punca Atlantis hilang? Bagaimanapun, kebetulan tentang teori itu tidak berakhir di situ.




Satu daripada penerangan Plato tentang Kota Atlantis yang kebetulan mirip dengan Struktur Richat.

Menurut saluran tersebut, Struktur Richard mempunyai bulatan luar berdiamer 23.5 kilometer (km) jika diukur mengikut peta Google.

Sementara itu, tulisan Plato pula menyatakan ukuran Atlantis adalah 127 stadia iaitu bersamaan dengan 23.49 km.

Plato turut menceritakan Antlantis dalam teksnya sebagai: "Terdapat zone laut yang bersilih dengan daratan membentuk bulatan. Ada dua daratan dan tiga bulatan air."

Penerangan itu sangat sama dengan permukaan Struktur Richat yang boleh dilihat daripada satelit pada hari ini.

Namun, Plato belum dilahirkan ketika Atlantis musnah dan kisah mengenainya disampaikan oleh Solon, seorang negarawan pada zaman Yunani Kuno. - Mirror UK

Post a Comment

0 Comments