Rapi Ananda Pamungkas, 2, merupakan seorang kanak-kanak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai berikutan ketagihan rokok yang dialaminya secara melampau meskipun usianya masih muda.
Kisah ketagihan kanak-kanak yang berasal dari Sukabumi, Indonesia ini mendapat liputan meluas sehingga dia dikunjungi para doktor dan pegawai kerajaan yang ingin membantu menangani masalah yang dialaminya dan khabarnya dia telahpun berhenti dari mengambil nikotin.
Rapi diberikan beberapa diberikan beberapa bekalan kotak biskut dan susu formula yang menampung sehingga tahun depan selain turut diberi permainan bagi mengisi masa lapangnya dengan perkara berfaedah.
Bagaimanapun, tidak sampai sebulan usaha itu giat dijalankan, Rapi dilaporkan tidak dapat menghilanglan ketagihannya terhadap rokok apabila dia dilihat menghisap rokok menerusi sebuah video terbaru yang dimuat naik.
“Pegawai jabatan kesihatan beritahu ia tak patut diteruskan tapi bagaimana saya mahu ubah apa yang disukainya?
“Semasa saya bekerja, dia berjalan sendiri dan menemui puntung rokok di atas jalan,” jelas ibunya.
Terdahulu, Rapi didakwa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari selain akan menangis dan mengamuk sekiranya tidak diberi rokok.
Menurut amaran doktor, Rapi berkemungkinan menghadapi kerosakan otak jika perbuatan tersebut tidak dihentikan serta-merta.
Professor Colin Mendelsohn dari Sydney, Australia berkata, kajian jelas menunjukkan nikotin berupaya merosakkan perkembangan otak.
0 Comments