Hujan lebat iringi jenazah Pak Ngah

Hujan lebat iringi jenazah Pak Ngah

Hujan lebat iringi jenazah Pak Ngah

enazah pejuang lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di sini, hari ini, yang juga merupakan hari sambutan ulang tahun kelahirannya.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Batam, Indonesia, pada jam 3.15 petang semalam.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan petang ini

ketika upacara pengebumian insan yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah itu yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat, dengan kehadiran ratusan orang termasuk anggota keluarga, sahabat serta rakan artis dan penggiat seni tanah air.

Jenazah disolatkan di Masjid Kampung Baru pada jam 3.10 petang. Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa dari Batam dengan bot khas yang tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor, pada kira-kira 10.15 pagi tadi.

Gambar : Bernama


Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Siti Syafrina Suhaimi, 32, berkata arwah bapanya ada menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan lagu berkonsep Irama Malaysia.

“Abah tidak mahu orang lupakan ‘akar’ kita, Irama Malaysia, dan abah tidak mahu generasi muda lupa. Abah juga berharap akan ada artis yang akan meneruskan legasi Irama Malaysia yang dibawanya,” katanya kepada pemberita.

“Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran ke-60 abah. Biasanya abah tak ingat pun hari lahir dia tapi kali ini dia ingat. Kami memang merancang untuk membuat kejutan buat abat namun sangat terkilan sebab tidak kesampaian,” katanya sambil menahan sebak.

Sementara itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat industri seni tanah air khususnya bagi genre Irama Malaysia.
Gambar : Bernama


“Saya berhasrat untuk dapatkan lagu baharu daripada Pak Ngah tapi tak berkesempatan kerana beliau telah pergi dahulu. InsyaAllah saya akan adakan ‘tribute’ untuk Pak Ngah, tapi biarlah semuanya tenang dahulu,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim serta dua anak –  Megat Mohd Syahraini dan Siti Syafrina.
BERNAMA

Post a Comment

0 Comments