Hantu Puteri Diana Tidak Sedar Dirinya Telah Meninggal 21 Tahun Dahulu

Hantu Puteri Diana Tidak Sedar Dirinya Telah Meninggal 21 Tahun Dahulu

Hantu Puteri Diana Tidak Sedar Dirinya Telah Meninggal 21 Tahun Dahulu

SEORANG pakar psikik mendakwa telah menghubungi hantu Puteri Diana yang kesepian.
Ryuho Okawa dikenali sebagai pakar ketua spiritual terkenal di Jepun dan mengasaskan Happy Science yang 'membawa kebahagian agung manusia'.

Dia mendakwa telah bercakap dengan roh Diana awal bulan ini di sebuah dewan ceramah di Jepun dan menerbitkan perbualan itu dalam sebuah buku 'Spiritual Interview with Princess Diana' dan telah dijual di Amazon.

Menurut Okawa, perbualan itu dimulakan dengan ucapan sopan puteri itu " Good afternoon' (selamat petang)".

Buku tersebut dihasilkan sempena peringatan ke-20 tahun Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997.

"Adakah anda Puteri Diana?" tanya Okawa.

"Uh huh, ya," jawabnya.
Okawa mendakwa segala pertanyaan dan jawapannya adalah dipersetuju oleh puteri itu sendiri.



Menurut Okawa, dalam perbualan itu Diana turut memberitahu bahawa: "Catherine sangat baik pada saya. Saya rasa seperti itu."

Okawa: "Anda sebenarnya meninggal dunia sebab kemalangan di Paris, 20 tahun lalu."
Diana:"Kemalangan kereta? Oh..."

Okawa:"Ya. Adakah anda ingat situasi itu? Jika ingat, bolehkah anda beritahu mengenai kemalangan tu?"

Diana: "Kemalangan kereta. Terdapat sebuah kereta dan saya dibawa ke hospital. Selepas itu, saya tidur, tidur, tidur, tidur, tetapi hidup."

Okawa: " Apa pendapat anda mengenai Ratu Elizabeth?"

Diana: "Mana satu?"

Okawa:" Emak kepada Putera Charles."

Diana: "Ah, Elizabeth. Hmm...Mungkin ibu yang hebat. Tetapi dia adalah yang terakhir, cahaya terakhir England."

Okawa juga turut bertanyakan mengenai bekas suaminya, Putera Charles.

"Saya mengagumi kecantikan asli. Ia dari kecantikan fikiran, kecantikan hati, betul. Tetapi jika ia hanya untuk menarik pemikiran lelaki, ia bukan kecantikan sebenar.

"Seperti bekas suami saya. Pada mulanya, dia mencintai saya, tetapi selepas bekahwin, dia tidak mempunyai cinta sebenar kerana baginya kecantikan saya hanyalah sebuah perhiasan.

"Jadi, dia hanya mahu menunjukkan saya sebagai pasangan cantik dan mahu berbangga bahawa seorang putera dapat  orang yang cantik."

Temu bual itu juga turut menyentuh mengenai kemungkinan kemalangan tersebut dirancang.
"Saya tidak pasti, tetapi saya rasakan ada niat jahat." jelasnya.

"Mungkin perkhidmatan sulit atau... seseorang telah memerhatikan untuk merampas hidup saya selepas bercerai. Ia mungkin dari Charles atau..."

Ketika diberitahu bahawa dia sudah meninggal dunia dan menjadi hantu: "Oh, tidak! Syurga tidak! Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak tidak.

"Saya tidak seperti hantu. Oh, tidak,tidak, tidak,tidak,tidak,tidak,tidak,tidak,tidak. Ia hanya mimpi, mimpi, mimpi, mimpi buruk, mimpi buruk."

"Sudah tentu saya sudah ditanam, di England, tetapi saya tidak hidup di dalam kubur. Maksud saya, orang yang mati, mereka terbaring di bawah tanah, tetapi saya sudah tentu tidak ada di situ.

"Anda cakap 20 tahun sejak saya meninggal dunia, tetapi saya tidak faham apa entiti sekarang. Siapa saya? Apa saya? Bagaimana saya hidup? Adakah saya bermimpi, atau terbaring seperti orang mati yang lain? Tolong bimbing saya."

Mengenai buku tersebut, penerbit mendakwa telah menjual lebih 100 juta salinan ke seluruh dunia dan diterjemahkan dalam 28 bahasa.


Post a Comment

0 Comments