PETALING JAYA: Aktres Vanidah Imran enggan memberi sebarang komen berhubung khabar angin mengatakan rumah tangganya dengan Rashidi Ishak sudah berakhir.
Vanidah atau lebih mesra dengan sapaan Vee, 45, berkata, dia tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.
"Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada mStar pada Ahad.
Pasangan ini bersama dua anak mereka, Mikhail Imran dan Maryam Rashika pada Aidilfitri lalu.
Ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Vanidah dan Rashidi sudah tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.
Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.
mStar difahamkan pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.
Vanidah dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.
0 Comments