Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil

Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil

Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil:



Dengan harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri.

Bagi golongan yang bergaji kecil dan tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin.

Mari lihat perkongsian saudara Amir Syahir ini di laman facebooknya mengenai tip memiliki rumah sendiri ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Yelah takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5?

Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang. Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak. Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.

Ikuti tip berguna untuk membeli rumah idaman dan siapa sangka anda mungkin jumpa mana yang berkenan..





1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.

2. Tabiat Menyimpan

Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.

3. Mulakan Pelaburan

Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.

4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat

Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.


5. Tambahkan Pendapatan

Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.


6. Beli Rumah Murah Dulu

Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.


7. Baiki Profil Kewangan

Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.

Sumber : Amir Syahir



Post a Comment

0 Comments