SIMPANLAH LA VIDA COIN YOU TU, JANGAN INGAT ORANG YANG TAK KAYA MACAM I TAK ADA MARUAH.. – AISHAH

SIMPANLAH LA VIDA COIN YOU TU, JANGAN INGAT ORANG YANG TAK KAYA MACAM I TAK ADA MARUAH.. – AISHAH

SIMPANLAH LA VIDA COIN YOU TU, JANGAN INGAT ORANG YANG TAK KAYA MACAM I TAK ADA MARUAH.. – AISHAH

Sebelum ini gempar bila hadiah barang kemas yang diberi oleh Datuk Seri Vida semasa di Gegar Vaganza dikatakan palsu.

 Semalam Aishah memuat naik dua buah video bagi menunjukkan barang kemas yang dikatakan bernilai RM80,000 tajaan daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida itu adalah palsu dan bukan berlian asli.

Menerusi video tersebut, Aishah meminta tukang emas untuk memeriksa ketulenan rantai tersebut dan mendapati ianya bukan berlian asli. Untuk mendapatkan kepastian, Aishah meminta untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi dan hasilnya tetap sama.

Yang terbaru, melalui akaun instagram, Aishah ada memuatnaik luahan dirinya dikutuk dan dikecam oleh netizen. Juara Gegar Vaganza Ke-4  ini berasa sangat tertekan apabila dia dituduh untuk mengaibkan Datuk Vida.

” Banyak sebenarnya video yg kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya.. tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yg bertauliah.. “

” Sebagai orng ditipu I rasa tertekan bila org. kutuk tak tentu pasal. Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah.. “

” Utk menjawap kata2 yg mengatakan I tak faham susut nilai berlian dan mengatakan I tipu dan hanya ingin mengaibkan orang. Bcalah report ini baik2.. “

” DSV, I keluarkan ini bukan nak aibkan you, cuma I minta janganlah buat kami golongan artist begini. Ye mungkin Allah bagi you jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan you menipu kami.. “

” I tak nak apa2 dari you, sekadar mohon maaf di atas penipuan ini. Simpanlah La Vida coin you tu. Jangan ingat org yg tak kaya mcm I tak ada maruah.. “

Antara komen-komen netizen :

azis_raman : Kak aisyah saya cdng lebih baik kak aisyah terus berjumpa dgn dato vida face to face..cari jaln penyelesaian.. tak baik dok sindir2 macm nie

pewitt68 : In Sha Allah, kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita @aishahjmm tapi saya faham yang kak Aishah rasa ditipu dan tak patut diperlakukan begitu.. tapi percayalah Allah nak beri yang lebih baik pada kak Aishah,, pada mulut orang yang dok kutuk2 tu biarkan dan anggap kak dah dapat pahala dari kutukan mereka itu ya kak Aishah… sayang kak Aishah..

kellyaqeenazman : Nasib kak @aishahjmm besuara kak, klu x sume ingt da dpt hadiah masing2.. ade hikmahnya kak,bkn kte suke2 nk kluakn statement klu xde sebabkn kak.. sye pon jd ikot stress tgk akk dpt ghantai pelesu.. tensen makkk

_ayen18.jr : @fayroul_iraahs betol tu, kalau terbukti bersalah, mintak la maaf, jgn nk keras kepala sgt, hope DSV g check skali crown yg di pakai ke hulu ke hilir, takut kan besi celup jer
issey_ishram : Sian kak Aishah… ni betul2 Janji Manismu dsv ni. Sabarlah kak Aishah, Kemaafan Dendam Yang Terindah.
zakicakes.etc : Semoga Allah berikan jln keluar terbaik kpd kak dan memudahkan segala urusan.

Post a Comment

0 Comments