Sejak BN Kalah Besar,Bung Mokhtar Jadi Tak Tentu Hala,Zizie Gelak Berdekah-dekah

Sejak BN Kalah Besar,Bung Mokhtar Jadi Tak Tentu Hala,Zizie Gelak Berdekah-dekah

Sejak BN Kalah Besar,Bung Mokhtar Jadi Tak Tentu Hala,Zizie Gelak Berdekah-dekah

Bung Mukhtar, jika disebut nama beliau memang macam macam cerita yang akan muncul dan kebanyakkannya adalah kontroversi ketika beliau menjadi Menteri.

 Beliau dikenali sebagai yang amat lantang bersuara dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat.

Berkahwin dengan pelakon cantik Zizie Ezette dan sekarang sudah dikurniakan dengan 2 cahaya mata kembar. Alhamdullilah.

SISI LUCU BUNG MOKHTAR, BERDEKAH-DEKAH KENA GELAK DENGAN ZIZIE EZETTE

Video berdurasi 15 saat yang tersebar sekitar Jun lalu menunjukkan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar melompat sambil menaiki eskalator di Imago Shopping Mall di Kota Kinabalu bersama isterinya, Zizie Ezette.

Video itu telah dimuatnaik oleh isterinya di Insta Story beliau.

Video tersebut menunjukkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang duduk di tangga eskalator ketika ia turun sementara isterinya, Zizie cuba mendapatkan reaksi darinya dengan berulang kali dengan memanggil “YB” kepadanya.

Bagaimanapun, apabila eskalator itu sampai dibawah, Bung mendapati sukar untuk berdiri semula dan berguling ke belakang sedikit sebelum akhirnya jatuh ke hadapan.

Ketika Bung melompat ke belakang, Zizie tidak dapat mengawal dirinya lalu ketawa dengan berdekah-dekah. Video itu kemudiannya menunjukkan Bung juga ketawa kerana insiden tersebut.

Di bahagian kedua Insta Story, Zizie dengan manjanya cuba bertanya Bung tentang apa telah berlaku di eskalator tadi.

“Kenapa YB? Kenapa YB jadi macam tu sejak kekalahan BN ke?” Tanya Zizie sambil ketawa dan Bung juga bertindak dengan ketawa sekali.

Menurut laporan, Ahli Parlimen Kinabatangan yang bertindak duduk di eskalator kerana dia letih berpuasa.


Video Penuh:

Post a Comment

0 Comments