Breaking News

Resipi Viral! 5 Jenis Bergedil, Berlainan Rasa Tapi Sedap Dan Puas Hati.

Loading...
loading...
Resipi Viral! 5 Jenis Bergedil, Berlainan Rasa Tapi Sedap Dan Puas Hati.:

Menu bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, boleh digabungkan dengan apa jua masakan.

Selain rasanya sedap, ia juga menjimatkan. Puas hati bila dapat makan bergedil yang dibuat sendiri. Nikmati sendiri 5 jenis bergedil yang berlainan yang kamu perlu cuba!



1. BERGEDIL DAGING KENTANG




BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang bersaiz besar
  • 250gm daging cincang
  • 2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
  • 1 labu bawang besar | dicincang halus
  • 1 pokok daun sup | dihiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:

  1. Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
  2. Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
  3. Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
  5. Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
  6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.



2. BERGEDEL IKAN





BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ikan tuna
  • 4 biji kentang |rebus dan dilecek
  • 1 biji lemon |ambil parutan kulitnya
  • 1 biji telur |pukul sedikit
  • Sedikit daun ketumbar |hiris
  • 1 tangkai daun bawang |hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk roti
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  2. Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yang diingini. Ulangi hingga selesai.
  3. Celup ke dalam telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.
  4. Siap untuk dihidang.
Info Chef: Isi ikan boleh digantikan dengan ikan yang lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yang memberikan rasanya yang tersendiri.



3. BERGEDEL SALMON





BAHAN-BAHAN:

  • 250gm salmon | panggang dan hancurkan
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih |cincang
  • 1 /2 biji bawang Holland | cincang halus
  • Sedikit daun parsli |cincang halus
  • Sedikit cili benggala | cincang halus
  • 1 biji telur
  • ½ cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh empingan cili
  • 2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega,tumiskan bawang putih, Holland dan cili Benggala  hingga layu.
  2. Masukkan  isi ikan salmon dalam mangkuk bersma telur, gaul rata.
  3. Campurkan ke dalamnya serbuk roti, tumisan bawang tadi, daun parsli, lada hitam dan lada sulah.
  4.  Gaul rata sehingga sebati dan cukup rasa.
  5. Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan gaulkan dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak dan goreng bergedil hingga kuning keperangan. Angkar dan sedia dihidangkan dengan pencicah seperti cili sos, mayones atau sos keju.


4. BERGEDIL AYAM






(Resipi 5kg Kentang Untuk Begedil Ayam)

BAHAN-BAHAN

  • 5kg kentang
  • 1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
  • 200g bawang goreng
  • 200g daun sup
  • Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA

  • garam
  • gula
  • serbuk lada sulah
CARA MEMASAK

  1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
  2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
  3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
  4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
  5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.


5. BERGEDIL TAUHU DAGING





BAHAN-BAHAN:

  • Tauhu kering
  • 5-6 biji ubi kentang
  • Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2-3 sudu makan bawang goreng
  • Daun sup – potong halus
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 2-3 biji telur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:

  1. Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
  2. Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
  4. Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
  5. Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
  6. Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
  7. Pecahkan telur dan pukul.
  8. Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
  9. Sedia untuk dinikmati bersama sos.


BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS:

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

No comments