Mentua Awet Muda Nampak Macam Anak Dara! Menantu Bongkar 11 Rahsia Awet Muda Amalan Ibu Mentua

Mentua Awet Muda Nampak Macam Anak Dara! Menantu Bongkar 11 Rahsia Awet Muda Amalan Ibu Mentua

Mentua Awet Muda Nampak Macam Anak Dara! Menantu Bongkar 11 Rahsia Awet Muda Amalan Ibu Mentua:


                                         

Sekali tengok gambar mereka ni memang macam tak percaya mereka ini mentua dan menantu. Yang sebelah kanan itu adalah ibu mentua. Nampak muda kan!

Disebabkan inilah kisah mereka viral di Twitter. Sejak itu ramai yang bertanya petua yang diamalkan oleh ibu mentuanya. Maka baru-baru ini Azyani Zamri @azyanizamri telah membongkarkan rahsia ibu mentuanya.

Berusia 45 tahun ibu mentuanya Jaslina Bt Ab Sani ini memang ada rahsia awet muda tersendiri dan yang pasti tak menggunakan produk ya.

Ibu mentua, 45 tahun

Hi gais! So sorry lambat. Okay jom kita start! Firstly i want to introduce my mil. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mertua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ni pic Mama dgn cucu-cucunya; my kids.


My first son, Muhammad Adam Furqan – 2y7m n my secondbaby princess, Medina Safiyya – 7m. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. (setakat ni) Yes, kalau kami keluar sama2, ramai usha semacam ja bila Mama cakap kat Adam “Mai kat Tok Ma mai”

Azie pun masa mula2 kenal my husband, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Hahaha puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Last2 memang betul mak dia wei. First time dia introduce Azie kat mama dia time tu bulan puasa, kami buka puasa sesama.

Mula-mula jumpa macam anak dara

Aduhaii mmg muda gila. Dengan rampingnya, kecik molek ja, dulu lagi kurus dari pic atas tu. Serious macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, then decide utk kawen pada tahun 2015, April.

Yes bagi yg bertanya dan berteka-teki, my mil mmg kawen muda. Hehe. Umur 18 tahun dia kawen, then lahirkan my husband masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.



                                      


Of course Azie korek rahsia awet muda Mama once dah jadi official menantu mama! He he. Dan segala rahsia/tips/petua/her beauty secrets memang sangat2 bagus untuk kita orang perempuan terutamanya since anak dara.

Jarang minum air manis

Okay jom kita go thru satu-satu what’s the secrets .
1. Mama jenis seorang yg jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Here’s Azie senaraikan apa keburukan minum minuman manis. Tapi Azie suka Milo Ais. Huwaaa



                             




Amal lemon sejak usia 20-an

2. Mama suka makan buah. Especially buah yang kaya dengan Vitamin C. Mama cakap malam2 kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon! �� Yes, lemon sangat2 bagus untuk kekalkan ke”remaja”an dan awet muda. Mama amal since umur dia 20++ tahun



                                           




Mama dengan anak terunanya which is husband i Nampak macam awek dgn pakwe kan? I is jelessss.



                                 




Mama suka berkayuh

3. Mama suka berkayuh. Haa actually my mil n fil dua2 suka bersenam dan senaman yg selalu mereka buat sama2 adalah cycling ����‍♀️ Perghh Azie pun x rajin mcm ni wei. Tapi kena amik satu masa jugak at least exercise 1x seminggu!



                              




                            


Haaa see! Bagus sangat berbasikal ni. Baik untuk kesihatan. Boleh nampak 10 tahun lebih muda tau. Wuuuu.

Ni pulak gambar my Fil berbasikal. Oh btw, my Fil 50 tahun sekarang. Beza 5 tahun dengan Mama. Dan badannya masih fit dan tak boroi. hihi



                            


Doa dan selawat Syifa’

Okay next secrets :
4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa’. Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.

                    

Suka buat wap muka

5. Mama suka ikut petua orang tua2. Contohnya ; – Mama suka buat wap muka dgn wap air time masak nasi tu. – Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik. – Minum jus air daun pegaga, peria (Ouch ini mmg betul2 kena kental ni kalau nak telan .



                            


Wap muka ni Azie pun suka jugak buat n dia sangat bagus untuk :
• kecutkan/hilangkan jerawat
• buang whitehead/blackhead
• melembapkan muka
• menaikkan seri wajah
• buat kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu! ✨

Mama sentiasa happy

6. Mama sentiasa happy/always positive dan tak suka negativity. Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positive. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respect sebab Mama memang selalu ceria je. Budak2 kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.



                                  


Mama cakap lagi, mama suka happykan orang, contoh dia ceria dlm kelas, budak2 suka dia, bila budak2 suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak2 sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik2. Emmm bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!

Jaga personaliti, kena selalu kemas dan cantik

7. Mama jenis yg suka jaga personaliti. Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yg jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai lencu okay ���� Yg ni wifey2 harus praktikkan tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah MashaAllah.

Makan ulam-ulam

8. Mama jarang sangat selsema/batuk/demam. Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.

Next, 9. Mama suka makan ulam-ulaman. Contoh; ulam raja; pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).



                              




Pergi honeymoon

10. My mil and fil suka pi honeymoon! Hehehe… Yes mereka setiap tahun especially time anniversary date memang akan spend time together. Dan tarikh2 penting ni sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yg patut dikekalkan dlm rumahtangga.

Mama cakap juga, walau anak2 dah besar nanti, mesti kekalkan “sweet” dengan pasangan supaya kita sentiasa happy dan bila kita happy wajah kita takkan cepat kendur dan kedut. Jadi kita akan sentiasa kelihatan muda dan tak nampak tua!



                               


Okay lastly, number 11. Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yg cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!



                                    


Alhamdulillah setakat ni Mama bagitau Azie yg ni la beauty secrets dia selama ni. Sharing is caring. Sapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi still nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda jugak! Hi hi hi.

Thank you gais sudi baca thread ni. Semoga bermanfaat ya.

Semua dah tahu kan rahsia awet muda, apa lagi silalah praktik.



Sumber: @azyanizamri


Post a Comment

0 Comments