Kenapa Ada Berhala Cina Muka Melayu?Ustaz Ini Ada Penjelasannya

Kenapa Ada Berhala Cina Muka Melayu?Ustaz Ini Ada Penjelasannya

Kenapa Ada Berhala Cina Muka Melayu? Ustaz Ini Ada Penjelasannya

Tahukah anda terdapat sebilangan berhala-berhala cina di Malaysia ini diukir merupai muka Melayu?


Banyak terdapat di rumah merah mereka yang biasa kita lihat di tepi jalan, bawah pokok dan di tepi bangunan.

Siap ada makanan yang ‘halal’sahaja yang di’sembah’kan kepada berhala tersebut.

Pelik kan? Ini penjelasan Ustaz Ikram yang buat ramai terkejut.


Penjelasan oleh Ustaz Ikram


Dalam sebuah ceramah Ustaz Ikram mendedahkan terdapat banyak rumah berhala cina juga dikenali sebagai Tua Pek Kong yang banyak ditemui di tepi jalan, bawah pokok dan berdekatan bangunan, jika dilihat di dalamnya ada patung, dan kalau perasan sebahagian darinya ada patung orang melayu yang memakai tanjak, memegang keris, ia merupakan antara kepercayaan orang cina.


Berhala menyerupai orang Melayu bertanjak dan memegang keris


Katanya “Sebab bagi orang Cina, bagi mereka jika orang yang meninggal dunia tu baik dan pernah berjasa, matinya orang ini, mereka akan sembah rohnya.

 Mereka percaya bila orang mati, roh si mati akan berada berhampiran.”



Berhala menyerupai bekas seorang pemimpin negara


“Kepercayaan roh merayau ialah kepercayaan agama. Hantu, macam mana masyarakat Melayu boleh percaya hantu. Lebih kurang ada 50 jenis hantu orang melayu, siap dikomersialkan dalam filem.”

“Mengenai hantu, ia adalah kepercayaan asalnya dalam kitab Garuda Purana, kitab suci agama Hindu. Terdapat dialog di dalamnya.”

“Tetapi dalam Islam bila seseorang itu mati, roh dikeluarkan, dan ada dinding/barzakh sehingga hari kebangkitan.”

“Pernah viral di Klang, sebuah binaan Tok Pek Kong menyerupai masjid. Siap ada kubah. Di dalam tu dipercayai ada imam.”



Rumah berhala menyerupai rekabentuk Masjid terjumpa di Klang


“Di Kelantan, antara yang disembah orang cina di sana ialah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.”

“Selain dari Hindu, kepercayaan ini juga terdapat dalam agama Buddha. Dalam masyarakat Buddha dan cina, ada perayaan hantu lapar, salah satu kepercayaan dalam agama Buddha.”

“Bagaimana boleh masuk dalam masyarakat melayu? Sebelum datangnya Islam, kita diperintah oleh Maharaja Pahit (hindu) dan Srivijaya (buddha). Di Bali, merupakan satu-satunya negeri yang masih amalkan Hindu Majapahit. Mereka ada Hari Ngepi – Hari hantu keluar.”

Penjelasan oleh Ustaz Ikram seterusnya membuka mata umat Islam dan memberi jawapan kenapa patung-patung berhala yang didapati di rumah berhala menyerupai orang Melayu yang pernah berjasa.

Tonton video penuh:


Post a Comment

0 Comments