Kawasan Insiden Gerai Burger Dan Bas Dikatakan Memang Kawasan Hitam

Kawasan Insiden Gerai Burger Dan Bas Dikatakan Memang Kawasan Hitam

Kawasan Insiden Gerai Burger Dan Bas Dikatakan Memang Kawasan Hitam:



Tular dengan berita mencemaskan antara bas rapid kl dan penduduk flat. Lelaki ini mengeluarkan satu kenyataan tentang kejadian tersebut. Mari baca dan fikirkan.

MY VIEW…

Susah untuk kita menilai siapa betul siapa salah dalam insiden sebuah bas yang di dakwa melanggar sebuah kereta dan kemudian menghentam pula sebuah kereta burger dan menyebabkan ada bayi terjatuh .

Insiden ini menyebabkan pemandu bas dikejar ,merosakkan beberapa kenderaan lain semasa cuba melarikan diri dan akhirnya dia ditangkap dan di pukul.

Setakat ini banyak cerita berasaskan kepada cerita dan bukti mereka yang mengejarnya.

Gerai Burger Itu Di Tempat Yang Selamat? 



Tetapi berasaskan pada gambar kejadian kesalahan pertama adalah kereta burger berniaga atas jalan dan anda boleh nampak ada tanda anak panah atas jalan.

Kedua kesan rempuhan kereta yang di langgar bas yang kemudian nya merempuh kereta burger itu tidak menampakkan 1 hentaman kuat atau kerosakan teruk.

Dan jika ada ibu membawa anak membeli burger yang ada di atas jalan maka penjual burger salah kerana berniaga di lokasi yang mengancam nyawa orang lain (pelanggan).

Dalam hal ini pihak DBKL juga boleh dipersalahkan kerana cuai dalam melaksanakan peraturan halangan atas jalan berdasarkan akta yang ada.

Pemandu yang berada di sebelah kanan bas dan berada di kedudukan tinggi serta dalam keadaan waktu malam tidak mempunyai jarak penglihatan luas hingga di kawasan rendah atau tepi bas berasaskan pada ‘blind spot’.



Dan saya rasakan dia tidak ada niat untuk mencederakan ibu atau anak dan apa yang berlaku (berdasarkan cerita) adalah pelanggaran keatas kereta yang kemudian merempuh kereta burger.Ini menunjukkan dia tidak ada niat ‘direct’ dengan ibu,anak dan penjual burger.

Sampai Sekarang Tiada Update Tentang Wanita Dan Bayi. 

Bayi terjatuh ? tentunya akan ada kecederaan atau kesan kepada bayi kerana pada usia kecil sebegini jarak jatuh adalah tinggi dan jika jatuh atas permukaan keras maka lukanya tentu bukan kecil.

Harap akan ada laporan polis dan laporan kesihatan untuk membuktikan dakwaan para penyerang.

Black Area?

Ada rakan2 yang mengatakan kawasan ini kawasan hitam dan tidak selamat jika berlaku kemalangan kepada orang luar.

Saya percaya mana2 pemandu samada bas atau teksi atau Grab biasanya ada info mengenai keadaan kawasan yang selamat atau tidak jika berlaku apa2.

Kepercayaan begini akan menyebabkan tidak ada mana2 pemandu yang berhenti untuk settle atau cari jalan penyelesaian lebih2 lagi jika ada yang mengejar sambil maki hamun.

Kalau Niat Jahat Kenapa Buka Lampu Kecemasan? 

Tindakan pemandu bas yang melarikan diri dengan membuka brake emergency juga adalah 1 isyarat dia dalam kecemasan samada minta laluan atau minta pertolongan kerana di kejar .

Jika dia membuat tindakan gila dengan sengaja mahu merempuh kenderaan lain maka dia tidak akan membuka lampu kecemasan atas jalan untuk memberi amaran kepada pemandu2 lain dan terus hentam saja

Sumber

Post a Comment

0 Comments