"Jangan over sangat.." - Siti Nurhaliza Tegur Siti Sairah

"Jangan over sangat.." - Siti Nurhaliza Tegur Siti Sairah

"Jangan over sangat.." - Siti Nurhaliza Tegur Siti Sairah



Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tumpuan di laman IG adiknya Siti Sairah.


Ini apabila penyanyi lagu Cindai ini menegur adiknya Siti Sairah agar jangan terlalu menjerit kuat sangat ketika sedang menyanyi.



Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur adiknya kerana bimbang bayi dalam kandungannya terkejut mendengar jeritan ketika menyanyi lagu.

Ini tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati adiknya: "Jangan over sangat jerit tu. Terkejut anak dalam perut" 

Siti Sairah telah memuat naik videonya sedang menyanyi lagu dari penyanyi Indonesia Krisdayanti berjudul Mencintaimu.

Dapat dilihat menerusi video itu, Siti Sairah menyanyi kan lagu tersebut dengan nada yang agak tinggi.



Siti Sairah hanya menuruti kata kakaknya itu dan turutu membalas komen Siti Nurhaliza.

Ini tulis Siti Sairah secara ringkas: "Hehe baiklah"

Komen Siti Nurhaliza itu terus dipersetujui oleh follower Siti Sairah yang lain supaya kandungan Siti Sairah sentiasa dalam keadaan sihat dan baik.

Gelagat kedua-dua adik beradik itu telah mencuit hati netizen.



Ini video nyanyian Siti Sairah:

 Siti Sairah kini sedang hamil anak pertama dengan suami barunya, Sharidan.

Pada bulan Februari yang lepas, Siti Sairah dan Sharidan bernikah da;am satu majlis yang diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Siti Sairah pernah berkahwin pada tahun 2010, namun berpisah 4 tahun kemudian.

Sepanjang perkahwinan terdahulu, Siti Sairah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6 tahun, Ahmad Daiyan, 5 tahun, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Post a Comment

0 Comments