Diminta kembali bersama bekas suami, Fasha Sandha beritahu hatinya sudah dimiliki

Diminta kembali bersama bekas suami, Fasha Sandha beritahu hatinya sudah dimiliki

Diminta kembali bersama bekas suami, Fasha Sandha beritahu hatinya sudah dimiliki

GURAUAN di antara pelakon Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli yang menggunakan kata ganti diri 'duda' dan 'janda' ketika mengucapkan selamat hari raya menerusi video dimuat naik di Instagramnya menjadi bualan pengikutnya.

Ramai di antara pengikut aktres jelita itu kagum dengan kedua-dua mereka yang masih mengekalkan hubungan baik walaupun tidak lagi mempunyai ikatan.

Malah ada mencadangkan agar Fasha dan Rizal atau Jejai kembali bersatu sebagai suami-isteri.
Fasha yang membalas komen tersebut bagaimanapun memberitahu hatinya kini sudah dimiliki dan dirinya lebih bahagia kini berbanding sebelumnya.

"Hati saya telah dimiliki. Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya lebih bahagia sekarang berbanding dulu.



Fasha dan Aidil sedang berkawan rapat.

"Kenyataannya kami dah berdamai dan meneruskan kehidupan. Yang tak move on adalah peminat. Sama-sama dah jumpa kebahagian masing-masing, Alhamdulillah," tulisnya.

Fasha dan Jejai berkahwin berkahwin pada 27 April 2012 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Pelakon itu kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz.




Fasha Sandha memberitahu hidupnya kini lebih bahagia.

Dalam pada itu, menerusi status pada video itu, Fasha secara bergurau mahu 'melelong' Jejai yang masih solo dan tidak berpunya.

Bagaimanapun kata Fasha, ciri-ciri wanita yang diperlukan mestilah seorang yang berkerjaya, berdikari dan sedap mata memandang.

"Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single dan available, kesian dudaku.
"Kriteria yang diperlukan adalah perempuan yang sama macam ibu. Wanita yang berkerjaya, berdikari dan sedap mata memandang, sebab dia sejenis yang cerewet," tulisnya.

Sementara itu, Fasha memberitahu dua anak mereka akan menyambut Aidiladha bersama Jejai dan sempat berpesan agar bekas suaminya itu menjaga anak-anak mereka dengan baik.

"Tahun ini Aidiladha Dada nak ambik anak, ibu mengalah. Please take care of my babies ok.
"Tiga hari tanpa anak-anak sama dengan tiga tahun. Saya akan hubungi mereka setiap dua jam ok," katanya.

Fasha turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya di Instagram dan berterima kasih kepada mereka kerana sentiasa menyayangi dirinya.


Post a Comment

0 Comments