Di Tipu Hidup-hidup,Dr.Vida dan penjual pun tak tahu batu permata itu palsu

Di Tipu Hidup-hidup,Dr.Vida dan penjual pun tak tahu batu permata itu palsu

Di Tipu Hidup-hidup,Dr.Vida dan penjual pun tak tahu batu permata itu palsu

PETALING JAYA: Kontroversi yang melanda usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza

Othman dan juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat, Aishah berhubung isu barangan kemas yang didakwa penyanyi Janji Manis Mu itu sebenarnya tidak bernilai telah mendapat perhatian seorang ahli gemologi.

Pemilik syarikat khidmat rundingan batu permata MRM Gem Centre, Mat Ruzlin Maulud berkata, beliau sedia menawarkan khidmat penilaian secara percuma kepada penyanyi itu bagi mengenal pasti jenis dan nilai sebenar barangan kemas yang didakwa mencecah RM80,000.

Kata beliau, ketulenan batu permata atau berlian itu tidak boleh dinilai hanya melalui sekeping gambar sahaja.


Mat Ruzlin.

"Saya tak boleh menilai hanya daripada gambar, lebih-lebih lagi saya telah melabur kira-kira RM500,000 ke atas peralatan untuk mengenal pasti jenis batuan permata.

"Tak adil untuk menilai melalui gambar. Jadi, saya kena buat semua ujian untuk mengesahkannya," katanya kepada mStar Online pada Selasa.
Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun dengan kelayakan akademik dalam bidang sama tidak menolak ada kemungkinan bahawa usahawan kelahiran Machang itu telah diperdaya ketika membeli barangan kemas tersebut di Hong Kong.

Sebelum ini, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mendakwa membeli rantai tersebut di negara berkenaan pada empat tahun lalu dan menganggap ia amat berharga di matanya.

Bagaimanapun, kata Mat Ruzlin, bukan hanya pelanggan yang tertipu dengan keaslian batu permata, malah kadangkala peniaga sendiri tidak sedar mereka menjual barangan kemas tiruan.

"Terdapat pelanggan membeli sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Banyak kes macam tu dan tidak boleh menyalahkan dia (Vida) sepenuhnya.

"Kadang-kadang penjual sendiri tidak tahu apa yang dijual, apatah lagi pelanggan," jelasnya.



Gambar rantai permata yang dihadiahkan oleh Vida kepada Aishah sempena menjuarai program GV musim keempat tahun lalu.

Tambah beliau, teknologi penghasilan batu permata sentiasa berkembang sehingga memaksa ahli gemologi sepertinya untuk sentiasa 'up-to-date' peralatan terkini.

"Saya perlu 'upgrade' peralatan batu permata dengan kerap kerana peniaga di China kini sudah mampu menghasilkan berlian tiruan yang hampir sebagus berlian asli.

"Alat pengesan yang lama sudah tidak boleh dipakai dan peralatan perlu sentiasa diganti," ujarnya.

Menurut Mat Ruzlin, beliau juga perlu membaca jurnal berkaitan untuk menambah pengetahuan dalam bidang tersebut.

Tambahnya, seseorang itu tidak boleh menilai batu permata atau berlian dari luar negara hanya sekilas pandang tanpa melihatnya di bawah mikroskop.

Post a Comment

0 Comments