Dalam dewan Parlimen, kutuk mengutuk dan celah-mencelah memang suatu perkara yang biasa tetapi bila sudah keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya memang tidak boleh diterima terutama di dalam Dewan Parlimen itu sendiri kerana ia diibaratkan tidak menghormati Dewan.
Semalam kita dikejutkan dengan ayat P*****ak dan hari ini 1 lagi bahasa kesat yang maksudnya lebih kurang sama dengan ayat semalam.
Adakah ini akan menjadi trend bila dewan parlimen bertukar seperti dalam pasar?
Adakah ini akan menjadi trend bila dewan parlimen bertukar seperti dalam pasar?
Tegang! Bung Moktar mengamuk: ‘F*** You!”
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengamuk di dewan rakyat sehingga mengeluarkan perkataan lucah di dalam dewan rakyat.
Ia berlaku ketika Bung yang bangun mencelah ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membahas mengenai GST.
Bung ketika itu yang membahas mengenai GST kemudian terganggu dengan celahan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mencelah mengenai kasino.
INI PUNCA KENAPA BUNG MUKHTAR MENGAMUK DALAM DEWAN
Kasino itu dipercayai merujuk kepada beberapa keping gambar yang menyerupai Bung dilihat berjudi di kasino. Namun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihan.
Kemudian dewan semakin tegang apabila beberapa perkataan lain keluar seperti ‘pelacur’, ‘bapak kau’.
Ahli Parlimen kerajaan bangun mahu Bung menarik balik perkataan-perkataan tersebut.
Keadaan yang tidak dapat dikawal sehingga memaksa Timbalan Speaker dewan rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menangguhkan perbahasan itu bagi meredakan keadaan.
Video Penuh
0 Comments