Susulan daripada dakwaan Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah semalam telah memuat naik dua buah video di Instagram nya bagi menunjukkan rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah palsu dan bukanlah berlian asli.
Dua Kali Jalani Pemeriksaan Rantai Berlian
Menerusi video tersebut, menurut Aishah dia telah meminta tukang emas tersebut memeriksa ketulenan rantai tersebut dan terkejut kerana mendapati ianya tidak asli. Malah bagi mendapatkan kepastian, pemeriksaan sekali turut dijalankan dan mendapat keputusan yang sama.
“Saya minta dia mengaku dan minta maaf di atas penipuan dia. Barangan diganti dengan tunai atau bentuk emas sebanyak apa yang dia war-warkan malam final GV4”Netizen Dakwa Barang Kemas DSV ‘Fake’
Dalam perkembangan lain, dalam ruangan komen penyanyi itu terdapat dakwaan dari netizen bahawa barangan kemas yang dijual DSV sudah banyak kes diterima dimana barangan kemas tersebut terbukti tidak asli.
Malah dia turut mengaitkan beberapa produk kesihatannya juga telah memudaratkan kesihatan. Usahawan itu sebelum ini bersedia untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
0 Comments