POLIS menahan bomoh kerana disyaki menculik remaja perempuan selama 15 tahun dan menyembunyikan mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun, di celah batu besar untuk dijadikan gundik kepada jin.
Mangsa dikenali sebagai Hasni kini berusia 28 tahun ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh berkenaan di Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah pada Ahad lalu.
Polis memberitahu, Hasni ditemui apabila keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa menerima maklumat wanita itu disembunyikan seorang dukun dikenali sebagai Jago, 83, di Desa Bajugan.
Jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy berkata, beberapa anggota polis dibantu penduduk kampung melakukan pencarian di rumah dukun itu sebelum menemui mangsa disembunyi di celah batu besar di belakang kediaman berkenaan.
Susulan penemuan mangsa polis menangkap bomoh berkenaan dan suspek mengaku dia menculik wanita itu untuk dijadikan alat untuk memanggil dan menjadi gundik kepada jin. - Agensi
0 Comments