Zahid Pelawa,KJ Tolak

Zahid Pelawa,KJ Tolak

Zahid Pelawa,KJ Tolak

PETALING JAYA: Calon presiden Umno yang tewas, Khairy Jamaluddin menolak jawatan yang ditawarkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy berkata, beliau ingin menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai Ahli Parlimen Rembau, tetapi tetap bersedia membantu dan akan tetap bersama Umno.

"Terima kasih Datuk Seri @Zahid_Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional tadi.

"Saya memberitahu beliau, saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

"Saya memberi fokus kepada tugas sebagai MP (Ahli Parlimen). Sedia bantu dan tetap bersama Umno," tulisnya melalui catatan di Twitter pada petang Ahad.

Khairy yang bertanding untuk merebut jawatan presiden Umno dalam Pemilihan Umno 2018 pada Sabtu tewas kepada Ahmad Zahid yang meraih 99 undi, manakala Khairy hanya 61 undi.

Terdahulu, Khairy pada Sabtu turut mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan ‘warlords' dalam pemilihan Umno peringkat bahagian dan majlis tertinggi.

Beliau berkata sistem undi bahagian berpihak kepada ‘warlords' yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti itu mahukan perubahan.

Post a Comment

0 Comments