Remaja Yang Kemurungan Selepas Menjadi Mangsa Cabul Oleh Guru Akhirnya Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 8 Pasaraya..

Remaja Yang Kemurungan Selepas Menjadi Mangsa Cabul Oleh Guru Akhirnya Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 8 Pasaraya..

Remaja Yang Kemurungan Selepas Menjadi Mangsa Cabul Oleh Guru Akhirnya Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 8 Pasaraya..

Shanghai: Seorang remaja maut apabila terjun dari tingkat lapan pusat beli-belah dengan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mengherdik menggesanya melompat ketika bomba berusaha menghalangnya.

Dalam kejadian minggu lalu itu, rakaman video yang tular menunjukkan Li Yiyi, 19, duduk di atas belebas dengan orang ramai di bawah menjerit dan mengherdiknya supaya ‘lompat sajalah’ sementara bomba berusaha memujuknya turun.


Susulan itu, polis menahan dua orang yang dipercayai mengebu Li, manakala enam yang lain disiasat kerana membuat kenyataan makian terhadap Li dalam talian.

Ketua bomba tempatan, Xu Jiwei, yang pernah berjaya menghalang Li membunuh diri beberapa kali sebelum ini berkata, wanita itu merayu dibiarkan mati.

“Semua anggota pasukan kami menangis selepas gagal menyelamatkannya kali ini. Kami begitu kesal dengan kejadian ini,” katanya.


Li dilaporkan murung selepas guru yang didakwanya mencabulnya pada September 2016 terlepas daripada sebarang tindakan gangguan seksual. Li mendakwa guru berkenaan memaksanya bercium selain cuba melucutkan pakaiannya.

29hmbooo1_1530213562.jpg?itok=Yvu5IORf
GAMBAR dari aras atas menunjukkan anggota bomba cuba menghalang Li melompat. - Agensi

Dia dan ayahnya dilaporkan berulang kali cuba membawa tuduhan terhadap guru berkenaan, namun pendakwa tempatan enggan mendakwanya kerana menganggap perbuatan itu cuma kesalahan ringan yang tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai jenayah.

Rayuannya kepada pendakwa lain turut ditolak, sebaliknya guru itu cuma ditahan 10 hari dan tetap dibenarkan mengajar.


Pengguna Weibo berkata: “Dia berjuang selama dua tahun. Cuma ayahnya mempercayainya, tiada siapa mempedulikannya termasuk guru sekolah, mahkamah atau pendakwa. Malah ketika dia cuba membunuh diri juga, cuma pasukan bomba terbabit yang benar-benar berusaha menyelamatkannya.”

Seorang lagi menganggap kejadian itu menunjukkan masyarakat semakin tidak berhati perut.

“Ia menakutkan saya. Betapa cacatnya mental orang yang mengherdiknya supaya melompat”? katanya.

Post a Comment

0 Comments