Penerbit Dari Hollywood Dah Sampai Ke Lokasi Gua Tham Luang Untuk Terbitkan Filem 31m

Penerbit Dari Hollywood Dah Sampai Ke Lokasi Gua Tham Luang Untuk Terbitkan Filem 31m

Penerbit Dari Hollywood Dah Sampai Ke Lokasi Gua Tham Luang Untuk Terbitkan Filem 31m



Penerbit daripada Hollywood dikhabarkan telah tiba di lokasi operasi menyelamat antara yang paling bahaya di dunia, Gua Tham Luang untuk meninjau operasi yang dijalankan oleh 90 penyelam melibatkan beberapa buah negara antaranya Thailand, Australia, Amerika Syarikat dan United Kindom.

Walaupun operasi menyelamat masih lagi berjalan, kedua-dua mereka dikatakan sudah pun mempunyai plot penceritaan mengenai tragedi yang menimpa 12 orang pemain skuad remaja Wild Boar FC bersama-sama jurulatih mereka  yang ingin diterbitkan untuk tontonan kepada umum.

‘Saya melihat ini sebagai projek besar Hollywood dengan barisan pelakong kategori-A,” kata Michael Scott, Pengurus Bersama Pure Flix Films.

Scott bersama rakannya, Adam Smith memaklumkan mereka sudahpun membuat tinjauan dan temu bual awal di sekitar lokasi kejadian, ketika operasi menyelamat membawa keluar baki lima mangsa yang masih terperangkap sedang dijalankan.

Anggota Penyelamat UK


Mereka berdua juga dilaporkan sedang merancang untuk menerbangkan penulis skrip ke Thailand dan sedang merangka pelan untuk menemu bual barisan hadapan anggota penyelamat, penyelam-penyelam daripada negara asing, anggota pasukan khas Navy SEAL Thailand, ahli keluarga mangsa dan mangsa sendiri serta bercadang untuk menuntut hak eklusif untuk menerbitkan semula kisah tersebut ke layar perak.

”Akan ada produksi lain yang akan tiba ke lokasi ini, jadi kami perlu cepat,” jelas Smith ketika ditanya media sekiranya tindakan mereka tersebut yang tergesa-gesa itu dianggap sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa.

Sehingga kini, seramai lapan mangsa sudah berjaya dibawa keluar setelah operasi menyelamat berjalan selama dua hari bermula Ahad. Baki lima mangsa dijangkan akan dikeluarkan pada hari ini dengan media melaporkan operasi menyelamat sudah pun bermula.

Scott yang berkahwin dengan seorang wanita Thailand dan sering menghabiskan masa selama tiga bulan di negara itu setiap tahun memaklumkan bahawa pihaknya tidak memksa mana-mana pihak untuk bersetuju ditemu ramah.


Pure Flix Films merupakan sebuah produksi yang berpangkalan di Arizona sebelum ini pernah mencatatkan kutipan sebanyak US$ 70 juta daripada seluruh dunia melalui penghasilan filem God’s not Dead pada tahun 2014. 

Filem itu dikatakan hanya memerlukan modal penerbitan sebanyak US$ 2 juta sahaja.

Scott yakin bahawa filem mengenai kisah penyelamatan itu dengan menjadikan dua penyelam British sebagai subjek utama itu akan berjaya dan diterima baik penonton seluruh dunia.

”Kisah mereka berdua adalah kisah yang penuh dengan inspirasi, penuh keberanian dan keperwiraan. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan kami fikir, ia perlu dikongsi dengan seluruh dunia,” katanya lagi.

Filem tersebut dijangkan akan memulakan penggambaran pada tahun 2019.

Sumber : Dailymail

Post a Comment

0 Comments