Gelang Emas Buat Najib

Gelang Emas Buat Najib


Gelang Emas Buat Najib




Zaleha (kanan) menunjukkan gelang tangannya sebelum didermakan kepada Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini. IMEJ PEGUN VIDEO
KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang menyerahkan gelang tangannya untuk didermakan kepada Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan bagi memudahkan urusan guaman bekas Perdana Menteri itu.
Perdana Menteri itu.
Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau, Zaleha berharap pemberian itu dapat membantu Najib yang kini melalui detik-detik sukar untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd sebanyak RM42 juta.
"Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ini saya mahu serahkan gelang yang saya pakai ini, yang saya sayangi untuk tabung Datuk Seri Najib Tun Razak

"Semoga Allah melindungi Najib daripada perkara-perkara yang menganiaya beliau dan parti kita," katanya dalam video tersebut yang dimuat naik hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii sebelum ini berkata, langkah melancarkan tabung itu diambil selepas menyedari Najib membuat rayuan mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, kelmarin.
Katanya, matlamat utama tabung itu adalah mengumpul wang sebanyak RM500,000 sahaja dan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh tersebut.
Setakat pukul 5 petang tadi, jumlah kutipan yang telah dikumpul adalah sebanyak RM223,908.

Post a Comment

0 Comments