SETELAH sekian lama trend 'selfie' atau swafoto mendapat perhatian dunia, aktor Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan dia baharu sahaja mendapat keizinan isterinya Gauri Khan untuk berkongsi foto mereka di laman sosial.
Pasangan yang sedang bercuti di negara Eropah itu memuat naik beberapa foto 'selfie' berdua di laman Twitternya.
Menurut Shah Rukh Khan ia merupakan kali pertama dia berselfie dan berkongsi foto bersama isteri di laman maya itu.
"Setelah sekian tahun, akhirnya dia izinkan untuk berkongsi foto selfie yang ku ambil. Dialah Gauri, hatiku," tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu hanya memuat naik foto berkenaan di Twitter sahaja.
Selain itu, Guari turut memuat naik gambar kenangan mereka sekeluarga ketika sedang bercuti di negara itu. -mstar
0 Comments