Dah Nasib,Baru Sampai UK,Trumph Terima Isyarat Lucah

Dah Nasib,Baru Sampai UK,Trumph Terima Isyarat Lucah

Dah Nasib,Baru Sampai UK,Trumph Terima Isyarat Lucah

DONALD Trump menerima sambutan tidak sopan sebaik sahaja tiba di London apabila seorang lelaki memberi isyarat lucah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Isyarat itu yang dilihat bertentangan dengan kenyataan Trump sebelum ini bahawa warga Britain sangat menyukai dirinya telah ditunjukkan ke arah konvoi Trump ketika ia lalu di tengah London.

Miguel Santana da Silva memuat naik video dia menunjukkan isyarat jari tengah kepada kenderaan bercermin gelap yang dipimpin oleh limosin berperisai Trump, The Beast.

Dia menulis di Twitter: "Tak sangka terserempak dengan Trump dan pengiringnya dekat perhentian bas Camden Sainsbo hari ini.

"Beginilah cara orang London menyambutnya."




Trump, menjelang lawatannya mengisytiharkan bahawa dia sangat popular di UK.
Presiden AS itu berkata dia mempunyai pandangan tersendiri terhadap imigresen dan orang awam Inggeris dan dia tidak terganggu dengan protes yang dirancang.

Bercakap di Brussels, sejurus sebelum menaiki pesawat untuk lawatannya, dia berkata: "Mereka sangat sukakan saya di UK. Saya rasa mereka bersetuju dengan saya mengenai imigresen."

Tetapi Miguel, yang dilahirkan di Portugal dan telah tinggal di UK sejak berusia 12 tahun, tidak bersetuju dengan dakwaan presiden.

Dia yang berusia 28 tahun dan tinggal di Kentish Town itu memberitahu London Evening Standard isyarat jarinya 'datang dengan naluri'.

Video itu, yang dirakamkan di Camden Road mendapat beribu-ribu tanda suka sejak ia diposting di Twitter.

Puluhan ribu orang dijangka akan membantah lawatan empat hari Trump di UK hari ini, dengan satu protes dijangka melibatkan sekitar 70,000 orang.

Trump dan Melania tiba di Lapangan Terbang Stansted pada Khamis dan akan menghadiri majlis makan malam dengan Theresa May, sebelum bertemu Ratu di Windsor. -metroUK

Post a Comment

0 Comments