Kepulangan Mohamed Danish Hakim, anak sulung pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi dari Turki petang tadi ternyata penuh emosi.
Terdahulu, Memey Suhaiza sempat berkongsi video keterujaan Norman Hakim mengenakan sepasang Baju Melayu berona hitam beserta samping dan songkok yang bersiap ke lapangan terbang bagi menjemput Danish yang pulang dari pengajian tahfiz dari Turki.

Norman juga membawa bekal berupa juadah Aidilfitri. Kata lelaki berumur 42 tahun itu, pakaian dan juadah yang dibawa tidak lain dan bukan untuk mengembalikan momen 1 Syawal yang terlepas diraikan bersama anak sulungnya itu.
Dua video pendek yang dikongsikan masing-masing menerusi instagram Norman dan Abby mengundang ribuan komen yang ternyata terharu dengan kasih sayang dan sambutan kepulangan anak lelaki pasangan ini. Apatah lagi suara Allahyarham Sudirman mengalunkan lagu Kepulangan Yang Dinanti mengiringi video berkenaan.
Ramai yang teruja dengan kekuatan keluarga ini yang tetap bersatu teguh meski Norman Hakim dan Abby Abadi masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri selepas melalui fasa perceraian.
Hakikatnya, keluarga selebriti ini telah menjadi suatu contoh teladan untuk tatapan dan ikutan masyarakat. Kami kongsikan dua video di lapangan terbang, momen kepulangan Mohamed Danish Hakim, disambut penih kasih Norman Hakim dan Abby Abadi.
0 Comments