Abe Lie Balik Rumah Buat Tak Tahu

Abe Lie Balik Rumah Buat Tak Tahu

Abe Lie Balik Rumah Buat Tak Tahu






“SAYA tidak pernah menyesal mendedahkan perkahwinan ketiga suami dengan kanak-kanak berusia 11 tahun, sehingga kes berkenaan menjadi bualan ramai.
“Apa yang pasti, tindakan saya itu sebagai pengajaran kepada suami dan tidak pernah berniat untuk mengaibkannya,” kata isteri kedua kepada peraih getah berusia 41 tahun yang berkahwin dengan isteri ketiga berusia 11 tahun.
Wanita itu berkata, hubungannya dengan suami selepas pendedahan itu dibuat juga tiada menimbulkan masalah dan suami tidak sesekali menyalahkannya.



Katanya, orang ramai perlu faham sekiranya dia berdiam diri dengan tindakan suaminya, seolah-olah dia bersetuju dengan perbuatan itu sedangkan madunya itu adalah kanak-kanak bawah umur.
“Sejak saya memuat naik status di Facebook, baru semalam suami pulang ke rumah, namun kami tidak bercakap sama sekali isu perkahwinan ketiganya.
“Malah, suami juga berlagak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak sesekali menyalahkan saya dengan apa yang berlaku hari ini. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan mereka selepas ini kerana sudah malas mengambil tahu.
“Kali terakhir saya berhubung dengan isteri ketiga suami sejak kes berkenaan dilaporkan media dan dia juga sudah sekat saya daripada WhatsApp,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ibu kepada empat cahaya mata itu turut berharap suaminya tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri-isteri dan anak-anak selepas ini.
“Saya tidak pernah tertekan dengan kejadian yang berlaku walaupun saya yang mendedahkan perkara itu, sebaliknya mampu menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Zaini Sulaiman berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mengambil beberapa kenyataan termasuk daripada peraih getah dan isteri ketiganya serta kedua ibu bapa kanak-kanak itu.
Katanya, sebaik siasatan lengkap, peraih getah itu boleh didakwa kerana melakukan kesalahan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

Post a Comment

0 Comments