Breaking News

[VIDEO] Selepas 3 jam, proses ambil keterangan Rosmah, Ini Yang Berlaku

Loading...
loading...
[VIDEO] Selepas 3 jam, proses ambil keterangan Rosmah, Ini Yang Berlaku

Proses mengambil keterangan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dipercayai masih berjalan selepas lebih tiga jam beliau tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Rosmah yang datang menaiki kenderaan Mercedes-Benz tiba pada 10.43 pagi masih belum keluar dari perkarangan bangunan tersebut setakat 1.30 tengah hari ini.

Beliau yang berpakaian baju kurung berbunga berwarna biru dan bertudung merah serta membawa beg berwarna merah ditemani anaknya Nooryana Najwa Mohd Najib.

Seorang pegawai SPRM yang ditemui Bernama mengesahkan Rosmah masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes itu.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu .


Pada Jumaat lepas, SPRM telah mengeluarkan notis kepada Rosmah untuk memberi kenyataannya berkaitan siasatan SRC International.

Notis itu disampaikan oleh pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – Bernama

No comments