Umum mengetahui wanita berusia 47 tahun ini pernah berdepan dengan peristiwa menyayat hati, dimana beliau kehilangan dua putera tersayang dalam kebakaran beberapa tahun lalu.
Pada 1 Syawal yang lalu, Datuk Vida memuat naik gambar beliau melawat pusara arwah anak-anaknya. Turut disertakan kepsyen luahan hatinya.
Rata-rata netizen turut merasakan kesedihan tersebut dan meminta agar Datuk Vida terus tabah dan menerima segala ketentuan-Nya.
Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang komen negetif daripada netizen yang melabel Datuk Vida seorang yang tidak beradab kerana duduk di atas pusara yang terletak bersebelahan pusara anak-anaknya.

Namun ada beberapa netizen memberikan komen positif dengan mengatakan mungkin pusara itu adalah pusara ahli keluarganya juga. Apa pun diharap Datuk Vida terus tabah menghadapi dugaan tersebut.

0 Comments