Aktres Fasha Sandha mengakui dirinya sudahpun berada pada fasa ‘single but not available’ apabila ditanya mengenai status hubungan peribadi bersama seseorang ketika ini.
Kenyataan tersebut diberikan pelakon drama rantaian, Teratai Kemboja itu apabila ditanya mengenai sejah mana hubungannya dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang diperkatakan ramai.
Apa yang pasti, Fasha, 34, masih belum bersedia untuk mengesah atau menafikan hubungan berkenaan memandangkan ia masih awal untuk diperincikan.
Terdahulu, Desas-desus mengenai keakraban pasangan selebriti ini menjadi buah mulut apabila sebuah video berdurasi lebih 20 saat yang memaparkan kemesraan keduanya ketika berada di sebuah lapangan terbang menjadi sensasi di internet ketika ini.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini enggan memberikan penjelasan perihal video yang diambil secara curi-curi netizen itu kerana tidak mahu memanjangkan isu berkaitan.
“Saya single but not available. Apa pun, saya tidak mahu meletakkan hubungan kami pada tahap bercinta kerana lebih selesa dengan status berkawan rapat sahaja.
“Tak sedia lagi nak berkongsi soal hati dan perasaan kerana ia masih awal. Cuma apa yang boleh dikatakan, dia adalah lelaki paling rapat dengan saya,” katanya kepada MH ketika ditemui media sebelum majlis pratonton filem seram, Blok 404 di Mutiara Damansara, pada Selasa.
Meski gembira dengan kehidupannya yang tidak terlalu terikat dengan komitmen percintaan, pelakon itu turut memberitahu, dia masih belum bersedia memikirkan soal perkahwinan kerana mahu memberi lebih komitmen terhadap profil seninya yang semakin sukses.
Menjawab persoalan ramai apabila ramai yang seakan ‘merestui’ hubungan dia dan Aidil, Fasha berkata ia mungkin kerana status lelaki tersebut yang masih solo.
“Jika kalian kata ramai yang okay dengan hubungan itu, ia mungkin sebab Aidil juga single, belum berkahwin. Jadi ramai yang senang dengan keadaan itu, ” katanya yang sebelum ini agak berhati-hati di dalam berbicara mengenai ruang privasinya ketika ini.
Sementara itu, Fasha menerusi Instagram turut berterima kasih kepada media yang sentiasa menyokong kerjaya dan memahami situasi.
Katanya, dia lebih selesa untuk meletakkan fasa hubungannya bersama aktor berkenaan sebagai ‘berkawan rapat’ daripada ‘bercinta’, bimbang kerana dirinya tidak pasti apa yang akan berlaku pada hari-hari mendatang.
Foto: Instagram Fasha,Aidil
0 Comments