Seorang Owner instashop dedah kisah sebenar Tun Hasmah pelanggan setia baju kurung Kedah

Seorang Owner instashop dedah kisah sebenar Tun Hasmah pelanggan setia baju kurung Kedah

Seorang Owner instashop dedah kisah sebenar Tun Hasmah pelanggan setia baju kurung Kedah

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sering menjadi perhatian masyrakat kerana beliau memiliki satu aura sebagai seorang ‘ibu’ yang penyayang kepada rakyat.

 Bersikap sederhana dalam hidup dan sentiasa ceria dengan masyrakat, menjadikan beliau disayangi oleh masyarakat.

Setiap apa yang dilakukan oleh Tun Hasmah, pastinya mendapat perhatian masyarakat, termasuk baju yang digayakan beliau yang sangat sinonim dengan penampilannya secara sederhana dan tampak selesa. 

Pasti ramai yang terkejut, apabila Tun Hasmah hanya membeli baju berkenaan secara walk-indan online di Instagram @houseofolsha  kerana kualiti kainnya yang selesa dan baik.

Pemilik baju jenama Olsha dan rakan kongsi bergambar bersama Tun Hasmah.

Menurut pemilik pakaian jenama Olsha iaitu Farra Olivia dan rakan kongsinya, Kay Mazlie, bergambar bersama Tun Hasmah yang juga merupakan pelanggan setia baju kurung kedah tersebut.

Baju berkenaan menggunakan material kain kapas jenis polos dan batik dengan harga dari RM160 sehingga RM190.

Post a Comment

0 Comments