Samy Vellu Di IJN,Anak Nafi Tenat

Samy Vellu Di IJN,Anak Nafi Tenat

Samy Vellu Di IJN,Anak Nafi Tenat

KUALA LUMPUR –  Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S. Samy Vellu menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) dan bukannya diserang penyakit jantung.

Perkara itu disahkan anak beliau, Datuk Seri S. Vell Paari sambil menafikan khabar angin kononnya Samy Vellu kini dalam keadaan tenat.

Vell Paari yang juga merupakan Bendahari Agung MIC berkata, bapanya dibawa ke IJN sejurus selepas makan tengahari kerana muntah secara tiba-tiba.

“Ayah saya sihat, beliau datang ke IJN kerana perlu membuat pemeriksaan seperti kebiasaan beliau sebelum ini. Cumanya, selepas makan tengahari tadi, beliau muntah. Untuk langkah berjaga-jaga, kita bawa beliau ke sini (IJN).

“Doktor telah melakukan pemeriksaan rapi dan hanya mengatakan beliau perlu banyak berehat untuk beberapa hari. Itu sahaja. Tidak benar berita yang anda dengar itu namun demikian, saya mahu berterima kasih dengan semua pihak kerana begitu prihatin dengan keadaan bapa saya.

“Terima kasih untuk doa anda, beliau akan menjadi lebih sihat dengan kasih sayang dan doa anda. Saya juga mohon kepada semua agar tidak sebarkan apa-apa berita negatif atau tidak benar sebelum mengesahkannya terlebih dahulu,” katanya.

Samy yang juga merupakan bekas Presiden MIC kini berusaia 82 tahun itu masih sihat.
Terdahulu, Setiausaha Akhbar Samy, Datuk E. Sivabalan memberitahu,  Samy telah diletakkan di bawah pemerhatian perubatan selama beberapa hari sehingga kesihatannya kembali normal.

“Saya dapat beri jaminan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Keadaan beliau kini baik. Beliau hanya perlu berehat,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments