Best Information

Breaking

Tuesday, 5 June 2018

Rosmah Ke SPRM Hari Ini,Ini Komen Tun Siti Hasmah

Rosmah Ke SPRM Hari Ini,Ini Komen Tun Siti Hasmah

Selepas sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pagi ini, Tun Dr Siti Hasmah Ali menandatangani autograf.
Dengan pena di tangannya, beliau meminta wartawan menyatakan tarikh hari ini. Dan apabila diberitahu bahawa ia adalah 4 Jun, beliau menjawab: "Ahh .. Esok akan menjadi hari yang sangat genting (crucial)."
Beliau kemudian menceritakan, tidak seperti tempoh suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi  perdana menteri lalu, kali ini, "setiap hari adalah tempoh kritikal."
Walaupun mengulangi bahawa esok akan menjadi "hari kritikal" berulang kali, namun Siti Hasmah tidak mengulas lanjut.
Terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadualkan esok seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Antaranya, SPRM dijadual merakamkan kenyataan daripada isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.
Minggu lalu, SPRM mengeluarkan notis mengarahkan Rosmah untuk hadir di ibu pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11 pagi esok.
Beliau dijadual disoal-siasat berhubung isu skandal SRC International Sdn Bhd. Ini kali pertama Rosmah akan disoal-siasat oleh SPRM.
Pada tahun 2015, SPRM yang mengendalikan kes berkaitan dengan SRC International berhubung dana yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib pernah memanggil perdana menteri ketika itu bagi membantu siasatan.
Pada masa itu, laman web pendedah maklumat Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa kad kredit yang digunakan dikaitkan dengan akaun peribadi tersebut.
Siasatan kemudiannya berakhir dengan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada segala pertuduhan.
Ia kemudian dibuka semula baru-baru ini selepas pilihan raya 9 Mei lalu menyaksikan kerajaan BN yang diterajui oleh Najib tumbang. SPRM memanggil Najib untuk disoal lanjut pada 22 dan 24 Mei tahun ini
Semasa wawancara hari ini, Siti Hasmah enggan mengulas mengenai lawatan Rosmah ke SPRM, esok.
Selain siasatan SPRM ke atas Rosmah, Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang esok bagi membincangkan pelantikan peguam negara.
Adalah dilaporkan terdapat bantahan daripada istana berhubung cadangan supaya peguam veteran Tommy Thomas menggantikan Apandi yang kini digantung tugasnya.
terimakasih sudi like

No comments: