Rombongan Najib ke Langkawi dapat 'pelepasan' RM17,000,Tapi MAS Nafi

Rombongan Najib ke Langkawi dapat 'pelepasan' RM17,000,Tapi MAS Nafi

Rombongan Najib ke Langkawi dapat 'pelepasan' RM17,000,Tapi MAS Nafi

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) didakwa memberi pelepasan caj bernilai lebih RM17,000 untuk lebihan berat bagasi untuk rombongan Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya bercuti ke Langkawi baru-baru ini.
Imej daripada tangkap layar butiran dalam sistem tiket MAS menunjukkan bagasi berlebihan berat yang diberi pelepasan ialah sebanyak 535kg.
Bagasi tersebut sepatutnya dikenakan bayaran RM17,071.85.
Imej yang tular itu juga menunjukkan Najib sebagai ketua rombongan yang turut disertai enam individu lain.
Anggota rombongan percutian berkenaan - selain Najib - ialah Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa serta menantu Daniyar Kessikbayev.
Tidak ketinggalan anak pasangan Nooryana dan Daniyar, Adam Razak, 10 bulan, serta anak Rosmah daripada perkahwinan terdahulunya, Riza Aziz.
Kesemua mereka menaiki pesawat MAS penerbangan MH1437.
Najib dan keluarga berada di pulau peranginan berkenaan untuk bercuti selama lima hari dan kembali ke Kuala Lumpur pada 20 Jun.
Sementara itu MAS dalam satu kenyataan menjelaskan tiada pelepasan diberikankepada rombongan berkenaan.

Percutian Najib dan keluarganya ke Langkawi itu adalah yang pertama sejak BN kecundang dalam pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini Najib dan Rosmah bercadang ke Indonesia untuk bercuti selepas tamat PRU ke-14 lalu namun hajat pasangan terbabit tidak kesampaian apabila nama mereka disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia.
Langkah itu dibuat sejurus selepas pihak berkuasa mula menyiasat dengan lebih teliti skandal yang melibatkan Najib.
Untuk rekod, Langkawi adalah kawasan parlimen yang bertanggungjawab menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad ke parlimen sekali lagi, dan secara langsung menyingkirkan Najib daripada kuasa.

Post a Comment

0 Comments