Misteri Mengapa Masyarakat Cina Dahulu Kala Tidur Atas Bantal Keras Terungkai

Misteri Mengapa Masyarakat Cina Dahulu Kala Tidur Atas Bantal Keras Terungkai

Misteri Mengapa Masyarakat Cina Dahulu Kala Tidur Atas Bantal Keras Terungkai
Kalau kamu gemar menonton drama atau filem-filem yang berlatarkan gaya hidup masyarakat Cina klasik, kamu pasti perasan yang mereka lazimnya akan tidur di atas bantal yang keras diperbuat daripada rotan, buluh mahupun kaca porselin.


 Mengapa masyarakat Cina yang hidup di zaman Dinasti dahulu memilih untuk mengalas kepala mereka dengan bantal keras sebegitu?

Seorang kawan penulis pernah melancong ke China suatu ketika dahulu dan menurutnya, tekstur tilam dan bantal di hotel boleh dikatakan agak keras. 

Secara teknikal, ada beberapa sebab mengapa keturunan Puteri Hang Li Po dibesarkan dengan budaya yang seumpamanya.



bantal poselin. Sumber: christies.com

#Teori 1: Sebagai Persediaan Menghadapi Peperangan
Masyarakat Cina dulu-dulu akan tidur beralaskan bantal keras yang diperbuat dari porselin, rotan atau buluh untuk memperkukuh tulang leher. Manakala amalan tidur di atas lantai juga dimanfaatkan kerana orang lelaki Cina pada zaman itu ramai yang terlibat dalam peperangan. Tidur atas lantai keras dianggap bisa membina kekuatan tubuh dan tulang -sebagai persediaan menghadapi peperangan.
#Teori 2: Hanya Raja Dibenarkan Tidur Atas Bantal & Tilam Lembut
Ada juga pendapat yang mengatakan hanya golongan diraja dibenarkan tidur atas lapisan tilam dan bantal yang lembut manakala, rakyat jelata dan golongan pembantu istana hanya boleh tidur di lantai sambil beralaskan bantal keras.



Sumber: Pinterest

#Teori 3: Menjaga Postur Tubuh
Menrut kajian saintifik, tidur di atas permukaan keras seperti lantai sebenarnya menyumbang kesihatan buat tulang belakang. Dengan cara ini postur tubuh akan kekal lurus dan adalah lebih baik daripada tidur di atas tilam lembut kerana tilam akan melendut sebaik ditimpa berat tubuh. 



Rajah menunjukkan perbezaan postur badan apabila tidur atas permukaan keras (atas) dan lembut (bawah). Sumber: quora.com

Sekarang dah faham kenapa? Memang dah menjadi budaya orang Cina suka menjaga kesihatan jadi kalau tidur atas permukaan dan bantal keras pun bukanlah masalah kepada mereka. Biar tak selesa asal tulang leher dan badan kekal sihat. 



Sumber: MarieClaire.com

Golongan Geisha di Jepun zaman dahulu pun tidur atas bantal keras yang menyakitkan leher semata-mata untuk menjaga dandanan rambut mereka agar tak rosak. 

Post a Comment

0 Comments