Hidup Glamor Dan Mewah..Jho Low Wakili Raja Arab?

Hidup Glamor Dan Mewah..Jho Low Wakili Raja Arab?

Hidup Glamor Dan Mewah..Jho Low Wakili Raja Arab?

 Kehidupannya penuh glamor – berparti dengan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Paris Hilton, malah juga keluar berpacaran dengan Miranda Kerr.
Bagaimanapun, anak kelahiran Pulau Pinang itu, Low Taek Jho atau Jho Low mencuri tumpuan di dada akhbar seluruh dunia dengan dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa usahawan 36 tahun itu menyelewengkan  dana 1MDB dan antaranya membeli hartanah dan kapal layar mewah bernilai AS$250 juta.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabat portal itu di Petaling Jaya semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga pengarah 1MDB, ditanya kenapa Low diberi peranan penting dalam 1MDB.
“Dia ada hubungan strategik (dengan kepimpinan beberapa kerabat diraja di Asia Barat) yang mungkin memberi faedah kepada Malaysia dan jelas dia ada hubungan istimewa dengan kepimpinan (raja Arab Saudi) Raja Abdullah dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE.
“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya,” katanya.
“Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB,” katanya.
Najib berkata sebelum beliau menjadi perdana menteri dan sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.
“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungannya dengan Asia Barat,” kata Najib.
Najib juga berkata allahyarham Raja Abdullah memberikan sokongan supaya 1MDB menjalankan kerjasama dengan PetroSaudi.
“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” katanya.
PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.
Selain penjelasan hubungan itu memberi faedah kepada Malaysia, Najib tidak menghuraikan lanjut perkara itu.
Bagaimanapun, Najib berkata hubungan erat dengan Arab Saudi turut membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia.
Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.
“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya.
Najib berkata dia tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya.

Post a Comment

0 Comments