SEORANG ibu di Toronto, Kanada mendakwa dia ternampak kelibat hantu anaknya sendiri pada papan pemantau bayi.
Hantu tersebut didakwa adalah anak yang dikandungnya dan mengalami keguguran pada September 2016.
Melissa Smith menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang percaya kepada aktiviti paranormal, namun segalanya berubah selepas dia keguguran dan ketika itulah pelbagai kejadian menyeramkan berlaku di rumahnya.
Pada malam sama dia mengalami keguguran, Melissa mendakwa anak patung kanak-kanak secara tiba-tiba muncul di ruang tamu rumahnya dan mula memaikan alunan muzik.
Kejadian pintu diketuk dan terhempas sendiri juga sering berlaku di kediamannya.
Namun, pada 31 Mei, Melissa menjumpai bukti yang nyata di rumahnya apabila dia dihantui oleh roh bayi yang belum dilahirkan.
Melissa dan anaknya Leah yang berusia lapan bulan.
Melissa mengaktifkan kamera pada katil anaknya yang berusia lapan bulan dan percaya dia telah melihat wajah hantu tersebut yang memandang tepat ke arah anaknya itu.
Dia kemudian berlari ke bilik anaknya untuk melarikannya daripada hantu tersebut.
Sehingga kini dia masih tidak mempunyai jawapan dengan apa yang berlaku.
Melissa berkata: "Kawan-kawan suruh saya bungkus pakaian dan lari selepas saya tunjukkan kepada mereka.
"Kawan saya, Christine ada di rumah untuk berborak dan kedua-dua anak saya sedang tidur.
"Saya fikir saya dengar bunyi bising pada mesin pemantau anak saya, jadi saya klik pada susur kamera dan Christine perasan ada wajah bayi yang mengintai di katil anak saya.
"Leah (anak Melissa) menggeliat dan memalingkan wajahnya ke sudut katil itu dan saya berlari ke bilik atas untuk mendapatkannya," kata ibu tersebut.
0 Comments