Gaya Hidup Mewah Isteri PM Israel.....Sara Netanhayu

Gaya Hidup Mewah Isteri PM Israel.....Sara Netanhayu

Gaya Hidup Mewah Isteri PM Israel.....Sara Netanhayu
Isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanhayu, didakwa atas kasus penipuan dan penyalahgunaan kekuasaan.


Dakwaan ini diumumkan Kementerian Kehakiman Israel pada Kamis, 21 Juni 2018, seperti dilansir Reuters pada Jumat, 22 Juni 2018.

Sara bersama mantan Wakil Direktur Kantor Perdana Menteri Israel, Ezra Saidoff, dituduh telah memesan jasa katering ke rumah dinas Netanhayu dengan menggunakan uang negara sebesar US$ 100 ribu atau sekitar Rp 1,4 miliar.

Kejadian ini berlangsung sekitar 2010 dan 2013. Jika terbukti bersalah, Sara terancam menghadapi hukuman penjara 5 tahun. Tim pengacara Sara menyebut tuduhan ini absurd dan tidak masuk akal.

“Istri Perdana Menteri bukan seorang pegawai negeri yang bahkan tidak tahu prosedurnya. Dia telah berbicara dengan jujur saat dites dengan alat tes kebohongan,” kata tim pengacara Sara.

PM Israel Netanyahu, Sara (istri), dan pengusaha Shaul Elovitch, pemilik saham mayoritas perusahaan telekomunikasi Bezeq. Haaretz. Eyal Toueg, Mark Israel Salem

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu telah membantah segala tuduhan terhadap istrinya.

Meskipun Perdana Menteri tidak disebutkan terlibat dalam kasus ini, dakwaan terhadap istrinya dapat merusak citranya di hadapan publik.

Sejak Benjamin Netanhayu menjabat Perdana Menteri pada 1996-1999 dan menjabat lagi tahun 2009, istrinya telah berada di bawah pengawasan karena gaya hidupnya yang dianggap mewah.

Sudah sejak lama keluarga Netanhayu telah mendapat tuduhan miring.
Istri Netanhayu ini telah dituduh menggunakan uang negara untuk menunjang seleranya terhadap barang-barang mewah.

Sara juga dituntut dengan dugaan melakukan perilaku kasar terhadap stafnya. Pada Februari 2016, seorang

Netanyahu Belanja AS$1,600 Untuk Pendandan Rambut


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu membelanjakan lebih daripada AS$600,000 (RM2.4 juta) dana awam dalam lawatan enam hari ke New York, termasuk AS$1,600 (RM6,543) untuk pendandan rambut peribadi, menurut laporan perbelanjaan yang baru dikeluarkan.
Kos perjalanan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) musim luruh lalu juga termasuk AS$210 (RM859) untuk dobi, AS$1,862 (RM7,618) untuk makanan dan hampir AS$20,000 (RM81,827) untuk memindahkan dan menyimpan perabot.
Peguam Shachar Ben Meir memperoleh laporan perbelanjaan itu selepas menyaman pejabat Netanyahu dan Kementerian Luar Negeri.
Katanya, beliau meminta maklumat berkenaan pada akhir Oktober lalu dari pejabat Netanyahu dan kemudian dirujuk kepada kementerian.
Selepas diberitahu untuk menunggu selama tiga bulan, beliau menyaman kedua-dua pejabat di sebuah mahkamah di Baitulmaqdis.
"Itu duit saya dan saya mahu tahu apa yang dibuat dengannya," katanya. Laporan yang dikongsi dengan The Associated Press semalam, mengancam untuk memburuk-burukkan lagi reputasi Netanyahu dan isterinya, Sara, yang menikmati gaya hidup mewah berbanding rakyat Israel biasa.
Dokumen mahkamah itu turut menyatakan caj lawatan sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) untuk penerbangan, walaupun tidak dinyatakan sama ada penerbangan itu untuk Netanyahu saja atau termasuk kakitangan.
Jurucakap Netanyahu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Isteri PM Israel disoal isu perbelanjaan isi rumah


BAITULMAQDIS: Polis Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung dakwaan perbelanjaan isi rumah yang melambung tinggi.
Soal siasat itu memberi perhatian sama ada Sara Netanyahu menggunakan dana negara untuk membiayai kerja penyelenggaraan dan membeli perabot baharu rumah persendirian pasangan itu di bandar tepi pantai ekslusif di Caesarea.
Media Israel melaporkan soal siasat itu dan kamera yang diletakkan di luar balai polis menunjukkan kenderaan membawa wanita pertama Israel itu tiba. Polis bagaimanapun enggan mengulas.
Satu laporan terkini oleh pemerhati rasmi negara memperincikan sejumlah besar wang awam dibelanjakan pasangan itu.
Pasangan Netanyahu sekian lama berdepan pengawasan panjang berhubung perbelanjaan mereka dan tuduhan bahawa gaya hidup boros mereka tidak diketahui kebanyakan penduduk Israel.
Sara Netanyahu terutama dikecam kerana gemarkan barangan mewah dan mahal selain melayan dengan buruk pekerja bawahannya. -AP

Post a Comment

0 Comments