Derita Jatha Devi Jadi Mangsa Halau Roh Jahat

Derita Jatha Devi Jadi Mangsa Halau Roh Jahat

Derita Jatha Devi Jadi Mangsa Halau Roh Jahat

RAJASTHAN - INDIA. Seorang wanita di India terpaksa menanggung kesakitan apabila bibir, muka dan beberapa bahagian badannya melecur akibat dicucuh besi panas oleh seorang bomoh, kononnya bagi tujuan menghalau roh jahat.

Jatha Devi, 25, dari Rajashtan pada mulanya dibawa menjalani rawatan di hospital kerajaan oleh suaminya, Kishan Jat, setelah beberapa hari berasa tidak sihat.


Namun, kesihatan Devi yang semakin merosot membuatkan ahli keluarga yang lain percaya terdapat roh jahat yang menghuni tubuh wanita berkenaan.

Ibu bapa Devi, Bhanwar Lal dan Sanjini Devi, akhirnya membuat keputusan membawa Devi berubat dengan seorang bomoh bernama Jairam Bhat.


Bomoh tersebut meyakinkan keluarga Devi bahawa cara untuk menghalau roh jahat tersebut adalah dengan menekap besi panas ke bahagian badan tertentu.

Hasil 'rawatan' tersebut, Devi mengalami luka lecur dan keadaannya menjadi semakin teruk.

Suaminya yang bimbang melihat keadaan Devi menghantarnya ke hospital lalu membuat laporan polis terhadap bomoh tersebut yang kemudiannya ditahan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Menurut Dr Daljeet Singh Ranawat, pakar perunding psikiatri di Hospital Bangar, Devi sebenarnya menderita psikosis akut, keadaan di mana pesakit mengalami halusinasi, kesukaran bertutur, keresahan, kekeliruan dan insomnia.

"Luka Devi sedang dirawat dan kami juga telah memulakan rawatan bagi penyakitnya," kata Ranawat.- Dailymail

Post a Comment

0 Comments