Jika ingin dihitung, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya.
Pastinya baju raya dan biskut sudah dibeli dari awal lagi.
Pun begitu suka diingatkan, bagaimana pula dengan perhiasan diri seperti barang kemas? Sudah terlihat berkilau atau pudar sahaja warnanya?
Tentu kita juga ingin terlihat berseri dan bergaya di hari raya. Jadi cepat lakukan cara ini untuk kilatkan kembali barang kemas tu. Mudah je caranya dan yang penting boleh buat sendiri. Tak perlulah nak hantar kedai.
Jom semak!
Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini.
Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.
Cuci Emas
Bahan-bahan:
Sabun pencuci pinggan
Berus gigi (baru)
Lemon (kalau takda pun takpa)
Lemon (kalau takda pun takpa)
Langkah demi langkah :
- Rendam barang kemas di dalam air panas bersama sabun pencuci pinggan dan lemon, sekurangnya setengah jam.
- Sental, gonyoh barang kemas anda dengan menggunakan berus gigi, sental semua bahagian, depan belakang dan bahagian dalam nya.
- Bilas guna air paip.
- Rendam sekejap dalam air panas dan keringkan dengan kain bersih.
0 Comments