Asal Usul Pelik Kampong Bukit Teriak
Umumnya, semua tahu bahawa ‘teriak’ bermaksud menjerit; melaung atau memekik.
Menurut cerita seorang penulis sastera, Gurdial Singh yang dipetik dari portal sasterarakyat-kedah.com, kampung itu diberikan nama sedemikian sejak tahun 1980-an.
Ia berkait rapat dengan kisah seorang wanita yang sarat mengandung yang sanggup meredah hutan untuk mencari buah berangan ditemani dua rakannya.
“Setelah menjumpai buah berangan, dua rakannya terus bergegas pulang dan tinggallah wanita itu keseorangan.
“Dalam usahanya mengumpul buah-buah tersebut, tiba-tiba muncul seekor harimau dan terus menyerangnya. Kebetulan, saat itu juga wanita tersebut mahu melahirkan anak,” katanya.
Bagaimanapun, wanita berkenaan sempat melahirkan anaknya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Kesan daripada tangisan bayi yang baru dilahirkan itu, penduduk kampung datang beramai-ramai untuk memberi pertolongan.
“Kejadian tersebut telah meninggalkan sejarah yang tersendiri bagi penduduk kampung lalu menamakan kawasan berkenaan sebagai ‘Bukit Teriak’,”katanya.
Kisah itu turut menjadi buah mulut orang-orang tua di kampung itu yang menyampaikan cerita sama kepada anak-anak mereka.
Seorang penduduk, Shaari Saad 51 dari Kampung Bukit Teriak, mengakui kisah tersebut pernah diceritakan oleh datuk dan neneknya sejak usianya masih kecil lagi.
“Selain cerita ibu mengandung ini, kami pernah diceritakan kisah kewujudan alam bunian di atas bukit itu. Oleh itu, ada kedengaran bunyi seolah-olah orang teriak dari bukit berkenaan,” katanya.
Tambahnya, dia juga mempunyai pengalaman menaiki puncak bukit ketika usia 20-an bersama kawan-kawannya. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada perkara yang pelik berlaku ke atas mereka.
“Masa tuh masih muda. Jadi tak fikir apa-apa pun. Kami naik ke atas bukit sana hanya untuk suka-suka dan melihat pemandangan. Apa yang boleh saya katakan, pemandangan dari situ sangat indah. Kami dapat lihat sawah yang luas terbentang dengan kampung-kampung berdekatan," katanya.
Shaari berkata dari pengalamannya, penduduk kampung sendiri tidak berani mendaki bukit itu, kalau adapun mereka yang mempunyai 'ilmu'.
“Saya pernah dengar cerita, penduduk yang cuba mendaki ke bukit itu akan jumpa 'benda-benda’ pelik termasuk ular besar. Jadi penduduk di sini memang tidak berani ke bukit ini.
“Kalau ada pun, mereka pergi menoreh pokok getah di sekelilingi kaki bukit itu sahaja,” katanya.-SinarHarian
ALOR SETAR: Kebiasaannya panggilan nama sesebuah tempat mempunyai peristiwa dan kejadian yang tersendiri.
Begitu juga dengan sejarah dan asal usul nama Kampung Bukit Teriak yang terletak di Pokok Sena, Kedah.
Begitu juga dengan sejarah dan asal usul nama Kampung Bukit Teriak yang terletak di Pokok Sena, Kedah.
Menurut cerita seorang penulis sastera, Gurdial Singh yang dipetik dari portal sasterarakyat-kedah.com, kampung itu diberikan nama sedemikian sejak tahun 1980-an.
Ia berkait rapat dengan kisah seorang wanita yang sarat mengandung yang sanggup meredah hutan untuk mencari buah berangan ditemani dua rakannya.
“Setelah menjumpai buah berangan, dua rakannya terus bergegas pulang dan tinggallah wanita itu keseorangan.
“Dalam usahanya mengumpul buah-buah tersebut, tiba-tiba muncul seekor harimau dan terus menyerangnya. Kebetulan, saat itu juga wanita tersebut mahu melahirkan anak,” katanya.
buah berangan

0 Comments