7 Ciri Wanita Yang Lelaki Tak Nak Ajak Keluar Beraya Bersama

7 Ciri Wanita Yang Lelaki Tak Nak Ajak Keluar Beraya Bersama

7 Ciri Wanita Yang Lelaki Tak Nak Ajak Keluar Beraya Bersama:

Ini  adalah 7 sikap wanita yang kebanyakan lelaki akan kata TIDAK untuk jadi teman wanita.





                                      


1) GEDIK

Majoriti lelaki tidak suka pada perempuan yang perangainya gedik-gedik.  Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka.



2) BUSUK/TERLALU WANGI



Ramai lelaki bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya, mereka mahukan perempuan yang ala kadar sahaja. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung.



3) Selekeh

Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini.  Dua daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting tidak pengotor.

4) Berlagak

Lelaki amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Ada juga lelaki yang  sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?



                              


5) Demand

Ramai lelaki  bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun tak nak. Tapi, bila dah kenal,macam-macam dia minta.



6) Mekap tebal

Lelaki kurang senang dengan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik.



                                 




7) Bising

Perempuan bising sangat annoying. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.



Gambar Hiasan : RAZMAN RAZMI


Post a Comment

0 Comments