Best Information

Breaking

Tuesday, 22 August 2017

Posting Obama dapat paling banyak 'like' di Twitter

Posting Obama dapat paling banyak 'like' di Twitter

TIGA tahun selepas Twitter diperkenalkan, kajian menujukkan berjuta-juta tweet dimuat naik dalam tempoh dua minggu malah laman itu kini menjadi sumber banyak berita-berita politk.

Ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2016, Twitter menjana sumber terbesar bagi berita iaitu dengan 40 juta tweet berkaitan pilihan raya dimuat naik di ruangan itu dalam tempoh beberapa jam.

Posting yang dimuat naik bekas Presiden AS, Barrack Obama menjadi tweet paling popular sepanjang masa dengan lebih empat juta kali disukai dan diretweet.

Walaupun posting dimuat naik Obama di laman mikro Twitter kurang daripada Presiden AS, Donald Trump namun 7 dari 10 tweet paling popular adalah miliknya.

Tweet berkenaan dimuat naik sehari selepas perhimpunan Charlottesville iaitu himpunan warga kulit putih Charlottesville pada hujung minggu lepas.

Tweet Obama itu adalah petikan dari autobiografi Nelson Mandela 1994, Long Walk to Freedom.

"Tidak seorang pun dilahirkan membenci orang lain kerana warna kulitnya atau latar belakangnya atau agamanya." yang disertai dengan gambar Obama menyapa kumpulan kanak-kanak yang pelbagai bangsa di pusat penjagaan anak.

Rekod sebelum ini dipegang penyanyi Araina Grande yang dimuat naik susulan serangan bom di konsertnya di Manchester pada Mei lalu dan disukai oleh 2.4 juta orang.

Tiga tweet yang lain tersenarai dalam 10 teratas adalah oleh Hillary Clinton, pemgacara Ellen deGeneres iaitu gambar swafotonya dari Majlis Anugerah Akademi 2014 dan satu posting oleh kumpulan rock Linkin park yang meratapi kematian vokalis mereka Chester Bennington

Lapan dari 10 posting twitter yang paling disukai dimuat naik pada tahun 2017.

Dua indikator yang melambang twit paling popular itu adalah butan 'like' dengan menekan simbol 'love' serta retweet dimana ia akan kelihatan pada profil pengguna Twitter.
terimakasih sudi like

No comments: