Kanibal serah diri bosan makan daging manusia

Kanibal serah diri bosan makan daging manusia

Kanibal serah diri bosan makan daging manusia

Cape Town: Seorang lelaki yang disyaki membunuh sebelum memakan mayat mangsa ditangkap selepas dia menyerah diri kepada polis dan membawa cebisan mayat manusia sebagai bukti.
Lelaki itu yang juga seorang bomoh datang ke sebuah balai polis di bandar Estcourt pada Jumaat lalu dan berkata: “Saya sudah penat memakan daging manusia.”
Polis pada mulanya tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu menyebabkan suspek menunjukkan beberapa anggota badan manusia yang dibawanya sebagai bukti.
Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di mana beberapa mayat dan potongan anggota badan manusia ditemui.



Susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki kerana disyaki terbabit merogol, membunuh, memotong dan memakan mayat mangsa.
Semua suspek ditahan sebelum didakwa di sebuah mahkamah majistret di bandar itu dan tidak dibenarkan diikat jamin.
Seorang pegawai perbandaran, Mthembeni Majola berkata, kemungkinan banyak mangsa yang menjadi korban kumpulan lelaki berkenaan.
“Polis yang menyiasat kes ini menemui lapan telinga di dalam satu periuk di sebuah rumah suspek,” jelasnya.
Jurucakap polis, Charmaine Struwig memberitahu, tiga suspek didakwa atas tuduhan membunuh dan seorang lagi atas dakwaan menyimpan organ manusia. - Agensi

Post a Comment

0 Comments