Saturday, 19 August 2017

Dato Red Gila Publisiti

Dato Red Gila Publisiti

KUALA LUMPUR: Berasakan ia sering kali berlaku, penyanyi, Adira Suhaimi, 26, memilih untuk tidak mengendahkan kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira menegaskan, beliau enggan mempedulikan publisiti murahan yang diraih, sebaliknya lebih fokus untuk membesarkan anak perempuannya, Anggrek, yang kini berusia enam bulan.

“Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri.

“Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri?

“Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” kata Adira kepada BH Online.

Penyanyi lagu Dewi Cinta ini menjelaskan, kontroversi membabitkan suaminya sering kali terjadi dan ia membuatkan beliau seakan-akan tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan.

Sebelum ini, suami Adira membuat kenyataan menjalinkan hubungan cinta bersama artis baharu dikenali sebagai “N”, namun berakhir apabila pelakon wanita kelahiran Sabah itu memberitahu Adira mengenai perkara terbabit.

Adnan juga sebelum ini pernah mencipta kontroversi apabila video dirinya memeluk pelakon, Ruhainies, ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah tersebar.-Bharian

Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan. Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan”

“Kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri. Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Selain itu Adira turut memberitahu dirinya sudah tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan setiap kali timbulnya kontroversi suaminya bermain cinta kerana sudah terlalu kerap terjadi. Menerusi laporan media lain pula, Datuk Red turut mengakui sedang mencari calon isteri ketiga buat masa ini namun N tidak menepati citarasanya untuk dijadikan isteri.

Kalau isteri sendiri sudah malas hendak melayan perangai suaminya, sebagai orang luar rasanya kelu lidah untuk memberikan komen. Apa yang diharapkan Adira tabah mengahdapi kehidupan mendatang, apalagi menjaga anak sulungnya, Anggerik yang kini memasuki enam bulan

Dikhabarkan gadis tersebut merupakan seorang pelakon baru yang hanya dikenali sebagai N dan merupakan seorang peserta program realiti TV terkenal.

Malah MH Online juga difahamkan perkara ini dapat dihidu sendiri oleh isteri keduanya iaitu Adira selepas pelakon terbabit sendiri mengaku tentang hubungan sulitnya.

Malah melalui sebuah portal hiburan tempatan, mStar Online Datuk Red juga akui dia telah dimarahi isteri keduanya itu dan menganggap N bertindak seperti itu kerana ada sesuatu yang dia gagal turuti.

MH Online segera menghubunginya dan bertanya apakah yang terjadi sebenarnya. Tanpa berselindung, Datuk Red bercerita kisah sebenarnya kepada kami.


“Ya memang benar saya sedang mengenali hati budinya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apakah motifnya memecahkan rahsia dan mengadu semuanya pada Yayang (Adira).

“Saya serius sedang mencari isteri ketiga. Ini bukan main-main. Tetapi apalah nasib, saya cari yang serius saya dapat yang main-main,” katanya dengan nada kecewa.

Datuk Red turut memberitahu, kedua isterinya tidak ada masalah tentang itu. Cuma kurang bersetuju cara pelakon tersebut memberitahu isteri keduanya tentang hubungan mereka.

“Yayang okay sahaja, isteri pertama pun okay. Siap boleh makan bertambah. Cuma apa yang dia buat tu tak baiklah caranya.

“Dia buat Yayang (Adira) dengar cerita ni dari pihak lain bukan daripada saya sendiri.”

Namun apabila ditanya sejauh mana hubungan dia dan N kini, Red hanya mampu kata semuanya telah berakhir. Malah mengatakan N gagal memenuhi kriteria yang dia mahukan sebagai seorang isteri.

“Bagi saya, selepas penyebaran cerita ini hubungan kami berakhir begitu sahaja sebab saya memang tak nak N lagi. Dia langsung tidak memenuhi kriteria isteri yang saya cari.

“Bagi saya untuk menjadi salah seorang isteri haruslah ada sifat respek dan hormat semua orang sekeliling. Tetapi selepas apa yang jadi saya nampak N tiada ciri-ciri ini,” jelasnya dengan lebih lanjut.

Sungguh pun begitu, Red akui tidak serik untuk terus mencari calon bagi memenuhkan kuota.

Apa pun MH Online harap walaupun Datuk Red mampu beristeri tiga atau empat janganlah abaikan kudua-dua isteri serta anak-anak yang berada di rumah. All the best!

Sumber: MEDIA HIBURAN

No comments: