Monday, 10 July 2017

(Video) Kucing 'Culik' Anak Dari Kucing Lain Supaya Dapat Dijadikan Anak Angkat, Akhirnya Dapat 'Hak Penjagaan'

loading...
(Video) Kucing 'Culik' Anak Dari Kucing Lain Supaya Dapat Dijadikan Anak Angkat, Akhirnya Dapat 'Hak Penjagaan'

Ini mungkin kedengaran agak kelakar tapi rupa-rupanya ada kucing yang sanggup menculik anak kucing dari ibu lain supaya dapat dijadikan anak angkat.

Kejadian pelik itu dikongsi oleh SBS TV dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan.

 Menurut SBS TV, kucing terbabit 'menculik' keempat-empat anak kucing dari kawasan berdekatan dan membawa kesemua mereka pulang ke rumahnya.

2v3pWhZ

Bukan setakat bermain-main, kucing itu turut memberikan susu kepada 'anak-anaknya' itu.
2u5cGME

Namun, seorang lelaki yang dipercayai penjaga kepada penculik itu berkata dia terpaksa memulangkan kembali anak-anak kucing itu kepada ibu asalnya.
2v3SY1k

Apabila sedar semua anak-anak angkatnya hilang, kucing terbabit mula menggelabah dan tercari-cari
2u5gyNH

Sementara itu, anak-anak kucing tersebut dipulangkan semula kepada ibu kandung mereka.
2v3uBAT

Namun, perkara mengejutkan berlaku apabila ibu itu seperti tidak menginginkan lagi anak-anaknya. Malah ia turut marah apabila didekati oleh salah seekor anaknya.
2u4S1bA

Disebabkan itu, anak-anak kucing tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada penculik mereka.
2v3xmlH

2u4ZnMj

Pengakhirannya, anak-anak kucing itu dikatakan gembira bersama ibu baharu mereka. Namun misteri mengapa ibu kandung anak-anak kucing itu tidak menginginkan anak-anaknya masih tidak terjawab. Tapi sekurang-kurangnya ibu angkat itu mendapat 'hak penjagaan' untuk menjaga anak-anak barunya itu.
2v3oVXu

loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: